Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bimbang Fitnah Melalui Media...

KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini melahirkan kebimbangan...

Askar Khmer Rouge Kanibal,...

SEORANG bekas tahanan Khmer Rouge tidak dapat melupakan bagaimana dia dipaksa menyaksikan seorang...

Kerajaan Umum ‘Total Lockdown’...

KUALA LUMPUR - Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 yang...

Raja Azmi Nikah Semula...

SETELAH lebih setahun bergelar janda, produser terkenal Raja Azmi Raja Sulaiman mendedahkan dirinya...

Kes COVID-19, India Sekali Lagi Catat Rekod Dunia

NEW DELHI – India mencatat satu lagi rekod global hari ini apabila mencatatkan lebih 414,000 jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam, lapor Agensi Anadolu.

Ia menandakan hari kedua berturut-turut negara itu mendaftarkan lebih 400,000 kes selepas melaporkan 412,262 jangkitan semalam.

Angka Kementerian Kesihatan menunjukkan terdapat 414,188 kes dalam 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 21,49 juta. 

Sebanyak 3,915 kematian baharu dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 234,083.

India yang bergelut dengan gelombang pandemik kedua menyebabkan sistem kesihatan negara itu lumpuh. 

Mahkamah Tinggi Delhi semalam memerintahkan pihak berkuasa memberikan rawatan perubatan kepada semua yang dijangkiti COVID-19. 


Sejak 27 April, negara ini juga telah menerima sumbangan antarabangsa untuk bekalan dan peralatan perubatan. 

Namun, banyak hospital menyatakan bantuan terbabit belum sampai kepada mereka.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan malam tadi berkata, “semua bantuan yang diterima hingga 5 Mei 2021 telah diagihkan dan dihantar segera ke negeri / institusi. Usaha sedang dilakukan.” – BERNAMA

Kategori