Kes Covid-19 Di Menara City One Berkait Kluster Tabligh

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kes koronavirus (Covid-19) yang dilaporkan di Menara City One, Kuala Lumpur ada kaitan dengan kluster perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks di bangunan tersebut telah menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling.

“Kes indeks kemudiannya menjangkiti 12 ahli keluarganya di bangunan itu.

“Selepas itu kes meningkat dengan mendadak sehingga 17 kes menjadikan bangunan berkenaan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya pada sidang media harian jangkitan Covid-19 di KKM di sini.

Kerajaan menguatkuasakan PKPD di Menara City One, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur berkuat kuasa hari ini hingga 13 April ini.

Tambah Dr. Noor Hisham, sejak semalam KKM menjalankan pemeriksaan kesihatan di setiap unit apartment di bangunan itu.

Loading...