Kes Baharu Covid-19 Naik Kepada 15,759

KUALA LUMPUR – Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini bertambah sedikit kepada 15,759, berbanding 14,345 kes yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tambahan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif Covid-19 di Malaysia mencapai 2,127,934 kes.

Menurutnya, Sarawak kekal sebagai negeri yang mencatat kes harian tertinggi dengan 3,732 kes hari ini.

“Ia diikuti Johor, berjumlah 1,959 kes; Selangor (1,934 kes), Pulau Pinang (1,417 kes), Kelantan (1,338 kes), Sabah (1,291 kes) dan Perak (1,184 kes).

“Kedah pula merekodkan 786 kes, Pahang (707 kes), Terengganu (592 kes), Kuala Lumpur (359 kes), Melaka (264 kes) serta Negeri Sembilan (127 kes),” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Menurutnya, tiga negeri mencatat kes dua angka iaitu Putrajaya dengan 34 kes, Perlis (23 kes) dan Labuan (12 kes). – myMetro Online

Leave a Reply