Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

UMT, UniSZA Isytihar Cuti...

KUALA TERENGGANU - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)...

Kerat Zakar Bekas Suami...

TATARSTAN - Seorang wanita di Rusia bertindak mengerat zakar bekas suaminya dengan pisau...

Anwar Jadi Menteri Kewangan...

ALKISAH Mahathir Mohamad pernah berulang kali mendakwa Anwar Ibrahim seorang yang tidak tahu...

61 Kejohanan Untuk Atlet...

KUALA LUMPUR - Cawangan Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN) mengenal pasti 61 kejohanan...

Kes Baharu Covid-19 Meningkat Sehingga 190 Orang

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan sebanyak 190 kes baharu yang telah dilaporkan dan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 adalah sebanyak 428 kes.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, berdasarkan siasatan awal, kebanyakan kes-kes baharu ini adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling.

“Penyiasatan dan pengesanan peserta perhimpunan tabligh masih sedang giat diteruskan. Justeru, KKM menyeru agar peserta perhimpunan tabligh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehingga kini, seramai sembilan kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak tujuh kes yang disahkan positif Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) sebelum ini telah pulih dan dibenarkan discaj daripada wad Hospital Sungai Buloh.

Ini menjadikan 42 kes telah pulih sepenuhnya setakat ini dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad.

Dalam pada itu, Adham berkata, peserta perhimpunan tabligh akan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian seksyen 15(1), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.


Jelasnya, di bawah akta itu, mereka akan diawasi untuk tempoh 14 hari dari tarikh akhir menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling atau kontak rapat kepada kes positif COVID-19 mengikut mana yang terkemudian.

“Begitu juga untuk kontak rapat kepada kes positif COVID-19, PUI yang tidak mematuhi kriteria kemasukan ke dalam hospital, mereka juga perlu diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian mengikut ketentuan di bawah Akta yang sama,” katanya.

Sehubungan itu, KKM turut memaklumkan bahawa semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Pejabat Kesihatan Daerah telah menjalankan aktiviti berkaitan bagi kawalan kejadian COVID-19 dalam kalangan jemaah tabligh dan juga lain-lain kes disyaki COVID-19 bagi mengekang penularan jangkitan itu.

“Semua pihak dipohon memberi kerjasama rapat apabila kepada pihak KKM dan bersama-sama membendung penularan ini dengan mengikuti nasihat-nasihat rasmi yang dikeluarkan,” ujar beliau.

Tegas beliau, rakyat Malaysia diminta tidak menularkan sebarang maklumat yang boleh menyebabkan kebimbangan kepada orang awam. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – Sinar Harian

Kategori