Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Facebook Perkenal ‘Safety Check’...

KUALA LUMPUR - Facebook telah memperkenalkan inisiatif semakan keselamatan Safety Check for Penang...

Segera Lapor Kalau Nampak...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri...

Mulakan Terapi Hormon Pada...

KUALA LUMPUR - Kebanyakan wanita menganggap saat mula putus haid (menopaus) sebagai berakhirnya...

PA Firma Guaman Dapat...

TUAH berpihak kepada seorang pembantu peribadi di sebuah firma guaman, Siti Nuraishah apabila...

Kes Baharu Covid-19 Melonjak Di Seluruh Dunia

KUALA LUMPUR – Jumlah kes positif Covid-19 yang direkodkan di seluruh dunia semakin meningkat apabila mencatatkan sebanyak 142.71 juta kes dengan angka kematian melebihi 3.04 juta sehingga hari ini. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah berkenaan diperolehi menerusi data terbaru yang diterbitkan Pusat Sains Sistem dan Kejuruteraan (CSSE) Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat (AS).

“AS adalah negara paling teruk terjejas dan berada pada kedudukan tertinggi dari segi jumlah kes dan kematian apabila masing-masing merekodkan sebanyak 32,475,043 serta 581,542 kes. 

“Ia diikuti oleh India pada kedudukan kedua tertinggi dengan 15,317,714 kes dan pertambahan sebanyak 96,982 kes baharu. 

“Pada awal tahun ini, India hanya mencatatkan kurang dari 20,000 kes baharu, namun jumlah kes melonjak bermula awal April lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 


Noor Hisham berkata, Indonesia juga mencatatkan jumlah peningkatan kes Covid-19 yang ketara sejak 14 hari lalu dengan purata sebanyak 5,453 kes. 

“Thailand pula merekodkan 1,547 kes baharu Covid-19 dan dua kematian dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan negara itu mencatatkan lebih 1,500 kes harian dalam tempoh tiga hari berturut-turut selepas hanya mencatatkan purata kes harian kurang dari 100 kes pada 4 April lalu.

“Situasi peningkatan kes sama dapat dilihat di Malaysia apabila kes terkini yang direkodkan berjumlah 379,473 kes dengan pertambahan kes baharu sebanyak 2,341 kes hari ini,” katanya. – myMetro Online

Kategori