Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Hujah Akhir Kes Saman...

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 7 Dis ini bagi penghujahan...

Penurunan Harga Kereta 20%...

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, kerajaan positif bahawa...

PM Umum Tindakan Kawal...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan...

Terjun Bangunan Elak Jadi...

SEORANG wanita mengalami kecederaan akibat terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan untuk mengelakkan...

Kes Baharu COVID-19 Kembali Turun Bawah 6,000

PUTRAJAYA – Angka harian jangkitan COVID-19 kembali turun kepada bawah 6,000, dengan 5,671 kes baharu dilaporkan, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan itu membawa kepada jumlah kumulatif 639,562 kes wabak berkenaan di negara ini.

Beliau berkata, Selangor terus mendahului dengan melaporkan 1,510 kes baharu.

“Negeri lain yang turut mencatatkan pertambahan kes ialah Kuala Lumpur membabitkan 769 jangkitan baharu, diikuti Sarawak (631), Negeri Sembilan (593), Johor (524) dan Kedah (309).

“Negeri yang melaporkan bilangan kes baharu terendah ialah Perlis dengan tiga jangkitan,” katanya dalam Facebook, hari ini.

Semalam, sebanyak 6,239 jangkitan baharu dilaporkan dengan semua negeri mencatat pertambahan kes. – BH Online

Kategori