Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Majikan Di Sabah Diingat...

KOTA KINABALU - Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah mengingatkan majikan di negeri ini...

Ramai Pekerja Haram Malaysia...

CANBERRA - Pihak berkuasa Australia berjaya menghalang ramai rakyat Malaysia yang cuba masuk...

Penjawat Awam Maut Dirempuh...

Seorang penjawat awam maut selepas kenderaan dinaiki bersama isteri dan anaknya bertembung dengan...

2 Wakil Malaysia Layak...

BANGI - Dua wakil Malaysia dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana...

Kes Angkat Beg, Karl Shafek Tegur ‘Sinis’ Fathia

SEJAK kisah Fathia Latif hangat diviralkan, banyak pihak menghentam tindakan pelakon tersebut yang dilihat cuba untuk ‘memalukan’ seorang ketua pramugari MAS yang enggan melayan permintaannya.

Kaitan: Fathia ‘Bengang’ Pramugari Enggan Bantu Angkat Beg

Sebagai bekas pramugara, pelakon dan pengacara Karl Shafek turut mempunyai pandangannya yang tersendiri mengenai hal tersebut.

Menurut Karl, tugas mengangkat beg bukan merupakan tugas wajib krew penerbangan kecuali atas budi bicara dan keadaan yang memerlukan.

“Oppsss, sebagai bekas pramugara i no komen. Tapi i memang tak akan angkat beg penumpang letak dalam overhead compartment. Yes, tak termaktub dalam syarat wajib tugas kitaorang pun untuk angkat bagasi orang lain KECUALI atas budi bicara, jika penumpang itu orang tua, kanak-kanak, ibu mengandung atau terang-terang dia bertongkat dan sebagainya.

“Bayangkan dalam satu hari berapa sektor penerbangan kitaorang kena bertugas. Satu sektor ada 128 orang penumpang (itu kalau kapal tu kapal kecil macam Boeing 737 la dan kalau kapal tu full flight). Kalau kami kena kerja empat sektor? Berapa beg kita nak kena angkat? Kalau tiba-tiba nak jadi cerita kita kena slip disc atau terseliuh waktu angkat beg tu, siapa nak jaga safety passenger dalam flight tu bila tiba-tiba ada kecemasan?” tulis Karl dipetik menerusi laman Facebook miliknya.

Karl secara ‘halus’ turut menambah, “Ohh.. Kalau you boleh angkut beg tu dari rumah, kenapa bila sampai dalam flight tiba-tiba je tak boleh nak angkat beg you sendiri? Lepas tu you nak malukan crew sebab tak tolong you? Sedar tak benda you buat tu actually lebih malukan you sendiri daripada you nak malukan orang lain. Pendek kata, kalau kita berbudi bahasa dan sentiasa rendah diri, orang sekeliling kita akan sentiasa respect kita.”

Kes Angkat Beg, Karl Shafek Tegur 'Sinis' Fathia


Sementara itu menerusi laman Instagram Fathia, aktres berkenaan ada memuat naik sekeping foto dengan kapsyen, “You can love me or hate me, but either way, u can’t break me (Anda boleh sayang atau benci saya, tapi walau macam mana pun anda tidak akan dapat ‘menjatuhkan’ saya).

u can love me or hate me, but either way, u cant break me. goodnight love. 😘

A photo posted by Nur Fathia binti Abdul Latiff (@fatiyalatiff) on

Moga insiden itu menjadi pengajaran buat kita semua, jika ada sesuatu perkara yang tidak memuaskan hati anda, sebaiknya hal itu diadukan kepada perkhidmatan pelanggan yang disediakan daripada memviralkan gambar individu dengan niat untuk public shaming. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori