Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Aduan Mengenai Anjing Liar...

SHAH ALAM - Biro Pengaduan Awam (BPA) akan mengadakan perbincangan bersama pihak berkuasa...

Keluar Kejap Beli Barang,...

CHINA – Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati rumah mereka telah dirobohkan oleh pemilik...

Angka Kematian COVID-19 Di...

BEIJING - Angka kematian akibat jangkitan coronavirus (COVID-19) mencecah 1,770 kes sehingga hari...

Majlis Angkat Sumpah Datuk...

SEPANYOL – Majlis angkat sumpah Mamen Sanchez sebagai Datuk Bandar di sebuah bandar...

Kes Adib: KPKT Serah Kepada Polis

SHAH ALAM – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyerahkan tindakan selanjutnya kepada pihak polis berhubung kes kematian anggota bomba dan penyelamat (JPBM) Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya bersyukur kerana kes itu diadili dengan baik.

Menyentuh keputusan mahkamah, Zuraida berharap rakyat Malaysia dapat menerima keputusan itu dengan baik dan tidak dipolitikkan.

“Jangan libatkan isu itu dengan agama atau bangsa kerana ia adalah kes rakyat Malaysia yang yang meninggal dunia ketika bertugas.

“Kita akan jumpa keluarga Allahyarham dan bapanya masih dari Kedah, mungkin dalam perjalanan ke sini,” katanya pada sidang akhbar keputusan Inkues Kematian Muhammad Adib Mohd Kassim di sini hari ini.

Beliau berkata, kementerian berpuas hati dan telah menggunakan semua saluran termasuk meminta agar inkues untuk Allahyarham diadakan.


Pagi tadi, mahkamah memutuskan kematian anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Balai Subang Jaya, Muhammad Adib adalah akibat tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali.

Mahkamah Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusan sebentar tadi selepas prosiding perbicaraan memakan masa 41 hari.

Dalam keputusannya, Rofiah berkata, kecederaan lung chest trauma dialami Muhammad Adib disebabkan arwah ditarik keluar dari van unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS).

Kategori