Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Terkejut Jumpa Mayat Pemilik...

TAIPING – Seorang lelaki yang mahu melakukan kerja-kerja pembersihan di sebuah rumah terkejut...

Ejek Nama Ibu Punca...

KUALA PILAH - Insiden pelajar lelaki sebuah sekolah berusia 14 tahun di sini...

Kerajaan Hargai Kartunis, Umum...

KUALA LUMPUR - Para kartunis dan pengkarya animasi di negara ini  menerima khabar...

Buntat Minat Berlakon, Sedia...

SELEPAS melakonkan watak Buntat dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaku, Muhammad Ariff Abdullah,...

Kes 1MDB Tangguh, Najib Sakit Mata

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari ke-7 kes berprofil tinggi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mungkin terpaksa ditangguhkan selama dua hari kerana bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga tertuduh dalam prosiding ini mengalami jangkitan mata.

Peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan perkara tersebut kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah sebentar tadi sekitar jam 9.40 tadi.

“Saya telah menerima panggilan telefon sekitar 7.45 daripada anak guam saya dan isterinya yang memaklumkan konjuktivitis yang dihadapinya sebelum ini datang semula.

“Kami mohon penangguhan perbicaraan hari ini dan esok kerana mata anak guam saya dijangkiti kuman, dipercayai akibat keluar petang semalam dalam keadaan jerebu.

“Bagaimanapun, Najib akan ke klinik pakar mata di Midvalley pada jam 10.30 pagi ini, sijil sakit hanya akan dikeluarkan sejurus selepas pemeriksaan mata di sana nanti. Saya akan maklumkan kembali tentang bilangan hari cuti sakit ini.

“Sakit mata konjuktivitis ini boleh berjangkit, jadi saya mohon kepada mahkamah menerima permohonan ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram tidak membantah sebaliknya berkata, pihaknya menunggu salinan sijil sakit.

Hakim kemudian bertanya seandainya Najib boleh menghadiri perbicaraan esok namun Shafee Abdullah tidak yakin memandangkan jangkitan kuman itu mungkin mengambil masa untuk pulih.

Collin dalam keputusannya berkata, mahkamah tidak mempunyai pilihan, selain menangguhkan perbicaraan kes itu dan menetapkan Selasa depan untuk menyambung perbicaraan kes.


Beberapa minggu lepas, Najib mohon perbicaraan SRC International membabitkan penyewelengan sebanyak RM42 juta terpaksa di tangguhkan tiga hari kerana jangkitan kuman kedua-dua belah mata olehnya.

Seandainya sijil sakit menyatakan dua hari cuti untuk bekas Perdana Menteri itu, maka perbicaraan hanya akan bersambung pada Selasa depan memandangkan Isnin adalah cuti umum sempena Hari Malaysia.

Prosiding ditangguhkan sehingga dimaklumkan keadaan Najib kelak.

Terdahulu di lobi kompleks mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur di banjiri lebih penyokong khasnya UMNO Pekan yang tiba awal pagi bagi bertemu selain menyatakan sokongan kepada Ahli Parlimen Pekan.

Mereka dipercayai tiba dengan menaiki dua buah bas yang bergerak dari Pekan sekitar 1 pagi tadi dan tiba di Kuala Lumpur pada 5 pagi tadi.

Rombongan itu sudah berada di perkarangan mahkamah sebelum jam 8 pagi tadi.

Kategori