Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sekretariat Suara Rakyat Lapor...

PUTRAJAYA - Sekretariat Suara Rakyat hari ini membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

PRU14: ‘Amanat Bapa’ Jadi...

REMBAU - ‘Amanat bapa’ yang menasihati Tee Kah Yak untuk terus memilih Barisan...

AS, Korea Selatan Terbangkan...

SEOUL: Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) menerbangkan beberapa pesawat perang termasuk jet...

Lelaki India Nama Cina...

SEGAMAT - Seorang lelaki yang secara tiba-tiba menarik perhatian ramai selepas MyKadnya menjadi...

Kertas Siasatan Rogol Gadis Diserah Ke Peguam Negara

JOHOR BAHRU – Polis akan mengemukakan kertas siasatan segera kepada pihak Peguam Negara berhubung kejadian rogol ke atas seorang gadis berumur 17 tahun dipercayai melibatkan sembilan anggota tentera di Kluang.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kesemua lelaki berumur 19 hingga 24 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 375 B Kanun Keseksaan iaitu merogol berkumpulan yang boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 30 tahun, jika disabit kesalahan.

Beliau berkata kesemua mereka kini sedang direman sehingga 1 Mac depan.

Katanya, kejadian rogol itu berlaku pada pertengahan Disember lepas dan difahamkan, kesemua anggota tentera itu dari Kem Mahkota, Kluang ditahan, selepas gadis berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Kluang, kira-kira 8.50 pagi, Khamis lepas.

Difahamkan seorang daripada suspek merupakan teman lelaki gadis tersebut dan gadis itu kini hamil sembilan minggu.

Dalam perkembangan lain, Mohd Khalil menyatakan polis menahan 129 individu kerana terlibat pelbagai kegiatan perjudian haram dalam 14 serbuan menerusi Op Limau di sekitar negeri ini mulai 9 Februari lepas hingga semalam.


Katanya, Op Limau yang diadakan bersempena perayaan Tahun Baru Cina itu bertujuan membanteras kegiatan perjudian haram habis-habisan di tempat bebas atau dalam bangunan.

“Daripada 129 individu itu, 101 daripadanya merupakan lelaki tempatan, 11 lelaki rakyat Indonesia, lapan lelaki Bangladesh, seorang lelaki Pakistan, tujuh wanita tempatan serta seorang wanita Indonesia yang kesemuanya berumur 21 hingga 62 tahun,” katanya.

Mohd Khalil berkata polis turut merampas keseluruhan wang tunai berjumlah RM114,656 dan barangan termasuk 64 keping kertas tercatat angka perjudian haram, 156 keping daun terup, 768 biji batu mahjung, 25 buah dadu serta tiga ekor ayam sabung. – BERNAMA

Kategori