Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Jakarta Dibom: PDRM Tingkat...

KUALA LUMPUR - Susulan serangan maut oleh anggota pengganas di Paris, Perancis diikuti...

Sah 3 Negeri Pembangkang...

KUALA LUMPUR – Jika dengar cakap mereka seperti berdegar-degar konon mahu tolak korupsi...

Tindakan Beku Akaun Bapa...

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan kontroversi yang kini diburu oleh pihak berkuasa Malaysia,...

PDRM Akan Teliti Saranan...

PDRM akan meneliti saranan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ke atas 1Malaysia Development...

Kertas Siasatan Kes Pemandu Myvi Diserah Peguam Negara

ISKANDAR PUTERI – Kertas siasatan kes pemandu wanita yang menyebabkan kematian seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Sabtu lalu, diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara, hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata kertas siasatan itu diserahkan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor Bahru Selatan (JBS), Deputi Superintendan Zamri Shariff, di Pejabat Undang-Undang Negeri Johor, jam 9 pagi tadi. 

“Pertemuan pagi ini membabitkan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik JBS, pegawai penyiasat kes bersama Pengarah Pendakwaan Negeri Johor bagi memberikan taklimat dan cadangan pertuduhan bagi kes ini.

“Kertas siasatan ini akan diserah ke Jabatan Peguam Negara pada hari ini untuk arahan dan tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan,hari ini. 

Ahad lalu, polis menahan pemandu Perodua Myvi wanita berkenaan yang terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi, di sini pagi Sabtu lalu, hingga menyebabkan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31, maut di tempat kejadian, manakala Nur Fatin Nazrah, 23, dan Chang Ah May, 78, mengalami kecederaan ringan.

Difahamkan, pemandu berusia 23 tahun itu dipercayai tidak mempunyai lesen memandu kenderaan, selain cukai jalan dipercayai sudah tamat tempoh, sudah dilepaskan atas jaminan polis, sementara menunggu pendakwaan. 


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, dilaporkan berkata saringan awal air kencing mendapati pemandu berkenaan positif dadah.

Mohd Padzli dilaporkan berkata, kemalangan kira-kira jam 9 pagi itu, membabitkan kenderaan pemandu berkenaan dengan kereta jenis Honda Accord dan Proton Iswara.

“Pemandu Myvi sudah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan saringan awal air kencing mendapati positif dadah. Turut siasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. 

Sementara itu, Zamri yang dilihat memasuki Pejabat Undang-Undang Negeri Johor kira-kira jam 9 pagi di Bangunan Datuk Jaafar Muhammad hanya keluar selepas kira-kira dua jam setengah berada di dalam pejabat berkenaan. – BH Online

Kategori