Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Festival Durian Malaysia Di...

KUALA LUMPUR - Buat julung kali, Malaysia akan menganjurkan Festival Durian di Wilayah...

241 Mesin CT Scan,...

KUALA LUMPUR - Terdapat sebanyak 241 Mesin Pengimbas Tomografi Berkomputer (CT Scan) dan...

Tindakan Tegas Ke Atas...

KUALA LUMPUR – Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana syarikat telekomunikasi yang masih...

PAS Akui Hadapi Masalah...

BATU PAHAT - PAS akhirnya mengakui bahawa parti itu mempunyai masalah dalaman biarpun...

Kerja Mahu Kumpul Duit Ambil Lesen Motosikal, Luah Bapa

IPOH – Hasrat seorang remaja bekerja untuk mengumpul duit dan mengambil lesen motosikal tidak kesampaian apabila maut dalam tragedi kebakaran yang meragut enam nyawa di kawasan perindustrian Puncak Jelapang Maju, Meru di sini hari ini.

Mohd Kamari Talib, 36, bapa kepada Mohamad Ekmal Izzuddin, 16, berkata duit simpanan anak kedua daripada tiga beradik itu telah mencecah RM140 untuk memenuhi hasratnya itu.

“Dia sebelum ini tak pernah kerja. Ini hari pertama dia kerja dan saya tak tahu dia kerja di situ sebab dia kata nak kerja separuh masa pasang khemah,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Beliau tidak menyangka sarapan pagi bersama anaknya itu merupakan kali terakhir mereka bersama.

Mohammad Kamari turut menyatakan kekesalan terhadap majikan yang membenarkan remaja bawah umur bekerja tanpa memikirkan faktor keselamatan.

“Saya tak faham macam mana mereka boleh benarkan budak bawah umur bekerja, dia baru umur 16 tahun dan tahun depan ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Sementara itu, Ropishah Mohammad, 48, berkata anaknya Ahmad Faizal Aminuddin, 16, bekerja di premis berkenaan untuk membiayai perbelanjaan persekolahannya tahun hadapan.


“Dia anak yang baik, seorang yang ringan tulang, selalu bantu saya masak, sidai baju dan dia tak pernah menyusahkan saya. Saya terkejut kejadia ini berlaku sebab anak saya tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Dia bekerja sebab nak cari duit belanja dan yuran sekolah tahun depan sebab tak nak susahkan saya dengan pendapatan hasil kerja kilang,” katanya.

Kesemua mayat tiba di Jabatan Forensik HRPB kira-kira pukul 5.35 petang tadi dan difahamkan pengecaman mayat akan dilakukan esok. – BERNAMA

Kategori