Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penyeluk Saku Dapat Lebih...

SEORANG penyeluk saku yang mengaku dia memperolehi keseluruhan pendapatan £2 juta hasil mencuri...

Bakal Kahwin, Izara Tak...

KURANG sebulan lagi majlis pernikahan pelakon Izara Aishah dan Adib Khalid, namun pasangan...

Tangkapan Militan Daesh Bukti...

KOTA KINABALU - Tangkapan terhadap individu yang terlibat dalam kumpulan militan Daesh, khususnya...

Istiadat Angkat Sumpah EXCO...

AYER KEROH - Sekurang-kurangnya sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang dijangka...

Kereta Mewah Tapi Otak Tak Seberapa ‘Mewah’

BEBERAPA gambar dimuat naik oleh pengguna Facebook Mohd Fadzli yang memaparkan kenderaannya dianiaya seorang pemilik kereta mewah menjadi viral di laman sosial.

Mangsa yang memandu kereta Perodua Kancil dikatakan telah dikhianati oleh pemandu kereta jenis Nissan GTR di mana beberapa tayar keretanya dipancitkan dalam kejadian yang berlaku di tempat letak kereta di sebuah bangunan.

gtr

“Satu sifat manusia yang tidak bermoral. Salah sendiri, kereta saya pula yang dipancitkan. Jangan ingat bila guna kereta besar, boleh buat sesuka hati. Penat saya nak bawa anak-anak. Tolong viralkan sifat pemilik kereta merah yang kurang akal ini,” tulis Mohd Fadzil di laman Facebooknya.

Fadzil mengetahui perkara ini setelah diberitahu oleh seorang saksi yang meninggalkan nota, “W6268C do this!!”

Bagi mempertahankan dirinya tidak bersalah, Fadzli memuat naik beberapa gambar bukti yang menunjukkan keretanya diparkir dalam petak tanpa mendatangkan masalah pada pengguna yang mahu menggunakan petak parkir di bahagian tengah.

gtr4

gtr3


gtr5

Malangnya, pemilik kereta merah terbabit jelas sekali memarkir kenderaannya melebihi garisan yang ditetapkan.

Tanpa sebarang rasa bersalah, pemiliknya menganggap ruang sempit di bahagian kanannya itu disebabkan oleh kereta Perodua Kancil tersebut, lalu bertindak memancitkan tayarnya.

Bagaimanapun, Fadzil tidak membuat laporan polis dan hanya meminta orang ramai menyebarkan gambar itu di media sosial agar pemiliknya sedar akan kesalahan dirinya sendiri. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Facebook Mohd Fadzli

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori