Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jangan Lepas Geram Dalam...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari...

Cederakan Remaja, Pemuda Didenda...

KUALA LUMPUR - Seorang pemuda didenda RM2,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah...

3 Peniaga Didakwa Seludup...

Alor Setar : Tiga peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini...

Empat Penjuru Di Machap,...

KLUANG : Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Layang-layang, Paloh dan Kahang menyaksikan persaingan...

Kereta Api Rempuh Bas Sekolah 11 Maut, 7 Parah

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 11 kanak-kanak maut manakala tujuh lagi cedera parah pada Khamis selepas sebuah kereta api merempuh bas sekolah mereka di lintasan kereta api tidak berpagar di negeri Uttar Pradesh yang terletak di utara India, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis.

Nahas itu berlaku di Behpurva dalam daerah Kushinagar, kira-kira 323 kilometer di timur Lucknow, ibu negeri Uttar Pradesh.

“Pagi tadi sebuah kereta api laju telah merempuh sebuah bas sekolah di lintasan kereta api tidak berpagar menyebabkan 11 kanak-kanak maut dan tujuh lagi cedera parah. Mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital dan ada kemungkinan jumlah kematian meningkat,” kata pegawai kanan polis, Anand Kumar, kepada media.

Menurut para pegawai, kereta api penumpang Thawe-Kapatanganj telah didapati merempuh bas sekolah itu dan kebanyakan mangsa berusia 10 tahun ke bawah.

Kereta api itu dalam perjalanan ke Gorakhpur dari Siwan, kata pegawai perkhidmatan kereta api.

Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath, telah mengumumkan ex-gratia sebanyak US$2,994 kepada keluarga setiap mangsa yang terkorban.


Pihak berkuasa telah mengarahkan siasatan dijalankan berhubung nahas itu.

Pada awal bulan ini, sejumlah 30 orang termasuk 27 murid sekolah, maut apabila bas sekolah yang membawa mereka pulang terhumban ke dalam gaung di negeri Himachal Pradesh.

Kemalangan maut jalan raya sering berlaku di India yang disebabkan oleh kenderaan terlebih muatan, keadaan jalan yang teruk serta pemanduan melulu. – BERNAMA

Kategori