Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

779 Mangsa, Petugas Banjir...

KUALA LUMPUR - Pasukan Kesihatan Mental dan Respons Psikososial Kementerian Kesihatan telah memberi...

Amaran Ustaz Kazim Bahaya...

MUNGKIN ramai masih ingat lagi antara taktik pembangkang ketika kempen Pilihan Raya Umum...

“Apa Sibuk-Sibuk Nak Siasat?”...

SHAH ALAM - Veteran Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Hussin Ali mempersoalkan kritikan...

Fitnah 1MDB: PetroSaudi Bakal...

KETIKA komuniti bisnes global gempar dengan penahanan bekas pekerja IT firma PetroSaudi International...

Dek Layanan Tak Cukup, Pramugari Dibaling Jus

PENUMPANG sebuah pesawat syarikat penerbangan Cathay Pacific dengan nombor penerbangan CX746 dari Dubai, UAE ke Hong Kong, China terpaksa ditangkap oleh petugas lapangan terbang.

Ini gara-gara dia membaling botol minuman ke arah pramugari yang bertugas. Wanita berusia 36 tahun itu kecewa kerana berasakan layanan perkhidmatan pramugari itu tidak memuaskan.

Portal Shanghaiist melaporkan, suspek tiba-tiba baran ketika memilih makanan untuk anak-anaknya tidak disiapkan terlebih dahulu.

Wanita itu kemudian nekad membaling botol minuman berisi jus oren ke arah pramugari tersebut.

Walaupun tidak menimbulkan luka yang serius, pramugari itu kemudian melaporkan kepada petugas kabin setelah kapal mendarat dan wanita yang tidak dapat menahan emosinya itu ditahan oleh polis lapangan terbang.

Botol minuman sering digunakan sebagai senjata oleh penumpang yang marah.


Pada tahun lalu, seorang penumpang membaling cawan plastik kerana pramugari tidak memberikan air minum. Penumpang itu kemudiannya dijatuhi hukuman denda 6,000 yuan atau RM3662.10.

“Pada awal tahun ini, seorang penumpang baran dan menyiram air kepada pramugari dengan tidak sengaja menumpahkan jus padanya,” katanya.

Beruntung kerana semua itu hanya air, jika yang dilempar adalah air panas, tentu akan menimbulkan kecederaan yang serius. Apa perasaan anda jika terjumpa kejadian seperti itu didalam kapal terbang? – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori