Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Banjir: Duta Amerika Syarikat...

KUALA LUMPUR - Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Joseph Y. Yun akan...

Proses Kendalikan Kertas UPSR...

PUTRAJAYA - Prosedur pengendalian kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang sudah...

Gempa Turkiye, Syria: Agong,...

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini...

28 Maut Kebakaran Kilang...

MANILA - Sekurang-kurangnya 28 orang maut dan berpuluh lagi dikhuatiri mati selepas sebuah...

Kerana Lagu Pengabdi Setan, ‘Ibu’ Munculkan Diri?

“YA ALLAH.. boleh pula ‘dia’ membukan-bukan dekat belakang tu,” begitulah reaksi yang diberikan Naim Daniel apabila ditanya mengenai kelibat yang muncul dalam video yang dimuat naiknya.

Sejak semalam, gempar di laman Instagram apabila nyanyian cover yang dinyanyikan pelakon dan penyanyi itu dikatakan berhantu.

Malah, ruangan komen laman sosial pelakon itu turut dihujani dengan komen netizen yang rata-ratanya menyatakan wujudnya satu entiti berwarna putih dalam video tersebut.

Namun, Naim menerusi mStar Online telah menjelaskan perkara tersebut.

“Sebenarnya cover lagu itu Naim dah buat dalam minggu ini, cuma baru post semalam. Cover itu untuk late night cover, dalam pukul 11 ke 12 malam empat hari lepas.

“Waktu itu Naim hanya rakam dan tak tengok balik video itu sebab nak post nanti.

“Semalam baru tergerak hati nak post, tulis caption macam biasa semua. Lepas setengah jam, Naim check balik dan nampak banyak komen yang tanya apa benda dekat belakang tu,” katanya dipetik mStar Online.

Menurut Naim, dia dan kawan-kawannya melihat kembali video itu dan terkejut dengan kelibat bayang-bayang entiti yang seakan-akan melintas di belakangnya.


Kenyataan tersebut sekaligus menangkis dakwaan yang kononnya kewujudan objek tersebut sebagai gimik editing yang dihasilkannya.

Dalam pada itu, Naim turut mengakui rakan-rakan serumahnya itu pernah mengalami gangguan seperti kena tindih dan sebagainya.

Namun, kata pelakon itu, mereka tidak pernah mengambil apa-apa tindakan dan hanya membiarkan sahaja.

Walaupun begitu, kini mereka serumah bercadang untuk ‘memagar’ rumah tersebut dengan membaca surah Yassin dan mengerjakan solat hajat.

Video cover runut lagu bagi filem Pengabdi Setan yang bertajuk Kelam Malam itu menjadi tular di laman-laman sosial selepas beberapa jam dimuat naik. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori