Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kerana Sos Tomato, Wanita...

LOS ANGELES - Hanya kerana mendapati sos tomato tidak mencukupi dalam bungkusan pesanan,...

Tiada Rancangan Perkenalkan GST...

Kerajaan tidak bercadang memperkenalkan sebarang cukai termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi...

Kerajaan Akan Teliti Cadangan...

IPOH - Kerajaan akan meneliti cadangan untuk meningkatkan had umur bersara mandatori daripada...

Masjid Putra, Putrajaya Menjadi...

PUTRAJAYA - Sempena cuti Tahun Baharu Cina ini, Masjid Putra di pusat pentadbiran...

Kerana Buah Mangga, Anzalna Disangka Hamil

BARU-BARU ini pelakon Anzalna Nasir ada memuat naik gambar buah mangga di laman Instagramnya; lantas membuatkan peminat setia aktres cantik ini membuat andaian bahawa si empunya diri kini sedang berbadan dua.

Mengulas mengenai perkara itu, Anzalna menafikan dia kini sedang hamil seperti mana telahan yang dibuat orang luar.

Menurutnya lagi, buah mangga sememangnya merupakan di antara buah kegemarannya.

“Sebenarnya saya suka makan buah mangga, jadi niat saya memuat naik gambar tersebut di instagram bukan bermaksud nak beritahu saya sedang mengidam hamil.

“Sebelum berkahwin tak ada isu pula kalau makan makanan masam, bila dah kahwin orang fikir begitu pula ya. Saya tak berkecil hati dengan pertanyaan peminat, sebaliknya saya menganggap mereka ambil tahu tentang diri saya kerana sayang dan tak sabar nak tengok saya memiliki anak sendiri,” katanya kepada mStar Online.


Kerana Buah Mangga, Anzalna Disangka Hamil

Anzalna dan suami, Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 21 Februari tahun lalu selepas lebih 10 tahun berkenalan.

Pelakon berusia 29 tahun ini juga meminta peminat terus mendoakan agar dia dan suami dikurniakan cahaya mata secepat mungkin. – MYNEWSHUB.CC 

Kategori