Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pesawat Terbesar Dunia Mendarat...

SEPANG - Pesawat terbesar di dunia, Antonov An-225 Mriya, mendarat di Lapangan Terbang...

Malaysia Akan Tuntut Penjelasan...

KUKUP - Malaysia akan menuntut penjelasan dari Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat...

Mahathir Pangkas Kepak Politik...

PETALING JAYA - Sikap membisu penasihat DAP Lim Kit Siang mengenai skandal Bumiputra...

Shahrizat Tidak Pertahan Jawatan...

KUALA LUMPUR – Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan...

Kerana Berita Palsu, Shukri Pernah Rasa Tertekan

SELAIN pelakon Syafiq Kyle, ramai lagi selebriti lelaki lain yang pernah mengalami sejarah hitam yang mana difitnah melakukan perkara buruk sehingga mencemarkan nama mereka.

Pelakon, Syafiq Kyle.

Bagi pelakon Shukri Yahaya, dia sememangnya mahu melupakan kontroversi tahun lalu yang melanda dirinya apabila ada seorang wanita tampil mengaku telah digoda oleh Shukri di aplikasi WeChat sehingga meminta gambar tidak senonoh daripadanya.

Malah, dalam diam Shukri turut berasa tertekan apabila isu itu telah dianggap serius oleh orang sekeliling sehingga membuatkan dia terpaksa memencilkan diri daripada menghadiri mana-mana acara hiburan.

“Tambah-tambah pula saya sudah berkahwin, punyai isteri, anak dan keluarga yang perlu dijaga hati. Jujurnya itu sejarah hitam yang saya nak lupakan.

“Saya jadi lebih tertekan apabila orang sekeliling menganggap perkara itu serius dan ia menyusahkan saya hingga membuatkan saya mendiamkan diri.

“Saya lebih bermuhasabah diri dan jarang turun ke acara hiburan sebab takut tersalah cakap. Tapi paling sukar untuk saya mendapatkan semula kepercayaan isteri,” katanya ketika ditemui oleh pihak mStar Online.

Wanita yang dikenali sebagai Sarah Danielle itu telah mendedahkan kononnya Shukri telah menghantar mesej tidak senonoh kepadanya serta meminta gambar buah dada gadis berkenaan.

Sudah terang lagi bersuluh, pelakon berusia 30 tahun itu telah menyangkal dakwaan kotor itu yang disifatkan untuk menjatuhkan namanya semata-mata.

Disebabkan itu, bapa kepada seorang cahaya mata itu benar-benar memahami perasaan Syafiq Kyle apabila dia dilanda kontroversi sepertinya baru-baru ini.


Dalam masa yang sama, selepas kejadian itu, Shukri lebih berhati-hati dalam setiap tindakannya terutamanya di media sosial agar tiada pihak yang tetap menganggap kontroversi tersebut sebagai perkara benar berlaku ke atasnya.

Dalam tempoh itu, pelakon drama Andainya Takdir itu telah menghabiskan banyak masa dengan berkerja kerana tidak mahu sama sekali mengingati sejarah hitam tersebut.

“Saya banyak habiskan masa dengan bekerja supaya saya tidak ingat lagi perkara hitam itu. Apa yang terjadi kepada seorang pelakon lelaki baru-baru ini sama seperti yang pernah saya rasai pada bulan yang sama tahun lepas.

“Jadi, sedikit sebanyak saya dapat rasakan apa yang dia rasa. Individu yang melaluinya akan menjadi lebih matang dan berjaga-jaga,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Shukri kini bakal muncul dengan drama Andainya Takdir 2 lakonanya bersama dengan Nina Iskandar, Puteri Balqis dan ramai lagi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori