Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Linda Rafar Sedih Buku...

KECEWA sungguh kami melihat perbuatan terkutuk yang dilakukan kepada pelakon terkenal, Linda Rafar.Rasanya...

Guna Dadah THC, Farid...

PETALING JAYA - Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari dihukum penjara sembilan...

Abdul Hadi Mahu Banyak...

Presiden parti PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang melihat untuk berehat kerana...

Issey, Shahrol (Shiro) Muka...

PELAWAK Shahrol (Shiro) dan bekas penyampai Hot Fm, Issey Fazlisham diumum sebagai penyampai...

Kerana Ada PRK, PH Terpaksa Kekal Harga Petrol?

STABIL… Bagaikan sudah dijangka pelbagai pihak, Pakatan Harapan (PH) terpaksa kekal harga runcit dua jenis petrol sebagai ‘gula-gula’ sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Lebih lucu, ramai pengamat politik tempatan melihat usaha terdesak kerajaan PH dengan tidak naik harga bahan bakar itu sebagai langkah aneh ketika harga minyak mentah global dilaporkan terus naik di pasaran akhir-akhir ini.

Justeru, tindakan kekal harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing pada RM1.98 dan RM2.28 seliter bagi tempoh bermula 12 tengah malam ini hingga 1 Februari depan, dilihat lebih bermotif politik kerana ada PRK.

Ini untuk elak kemarahan rakyat terhadap kerajaan PH dalam PRK kerusi Parlimen itu yang mula bangkit sokong calon Barisan Nasional setelah serik ditipu pentadbiran baharu dengan pelbagai janji manis tetapi gagal ditunaikan.

Peliknya, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan di Putrajaya berkata, harga runcit diesel pula yang biasa disebut minyak kotor, terpaksa naik 1 sen daripada RM2.17 kepada RM2.18 seliter untuk tempoh sama.

Ia kononnya berdasarkan kepada formula Mekanisme Harga Automatik (APM). Beliau berdalih konon harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia bagi diesel ketika ini berada pada paras AS$73 (RM301.34) setong.


“Sepertimana yang dijanjikan, kerajaan akan stabilkan harga bagi produk petrol RON95 dan diesel dengan kekalkan harga jualan runcit masing-masing pada paras sama jika harga pasaran produk melebihi paras harga tersebut.

“Perbezaan kos produk lebih tinggi bagi diesel adalah disebabkan oleh peningkatan permintaan bagi produk diesel, terutamanya dari China selain peningkatan pengeluaran produk petrol di pasaran global,” katanya. – Agensi

Kategori