Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

FGV Perjelas, Sambut Baik...

KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) dan pengurusannya menyambut baik...

Dakwaan Pegawai Lakukan Penderaan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan pegawainya terlibat dengan...

Kanak-Kanak Tertusuk Besi Di...

MENAKUTKAN. Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di China berdepan dengan keadaan yang...

Kabinet Bincang Kaedah E-Bazar...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membincangkan garis panduan pelaksanaan e-bazar dalam mesyuarat Kabinet,...

Kerajaan Unjur Kutipan Cukai SST RM21b, Tingkat Kuasa Beli Pengguna

KUCHING – Kerajaan mengunjurkan kutipan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) RM21 bilion setahun berbanding RM43 bilion kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST), kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen.

Beliau berkata pengurangan kutipan cukai itu akan meningkatkan kuasa membeli pengguna dan membantu meningkatkan perniagaan runcit yang menyumbang 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Sehubungan itu, beliau menyeru supaya komuniti peniaga berusaha meletakkan harga yang rendah, dengan kadar keuntungan yang sederhana dan dalam masa yang sama membesarkan perniagaan masing-masing.

Chong bagaimanapun mengaku bahawa masih ada kedai yang menjual stok barang lama dengan harga yang tinggi, tetapi menambah bahawa di bawah SST sebanyak 5,300 jenis barang dikecualikan daripada cukai berbanding hanya 500 jenis barangan di bawah GST.

“Senarai (barangan yang dikecualikan daripada cukai SST) masih akan bertambah mengikut keperluan semasa,” katanya.

Chong berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian penyewaan lot-lot kedai di Sentosa Parade di Pekan Kota Sentosa antara pemajunya Polarwood Sdn Bhd dan Megabite Cafe 24 Hours, CS Mini Market Sdn Bhd dan Megarise Sdn Bhd.


Menurut Chong, inflasi kini di bawah kawalan berikutan penurunan Indeks Harga Pengguna.

Katanya, sejak penghapusan GST, Indeks Harga Pengguna telah menurun kepada 0.3 peratus pada September tahun ini berbanding 3.6 peratus semasa GST.

Dalam ucapannya Chong yang juga Ahli Parlimen Stampin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa memuji usaha pihak pemaju membangunkan pusat komersial Sentosa Parade yang dahulunya merupakan kawasan setinggan. – BERNAMA

Kategori