Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Wajah Terkini Bayi Diselamatkan...

RIYADH - Sebelum ini terdapat cerita viral 'anjing selamatkan bayi' di media sosial dan...

Makan Di Restoran Tergantung...

LONDON – Sebuah syarikat menawarkan pengalaman makan malam mewah sambil tergantung pada ketinggian...

Polis Tahan 2 Lelaki,...

PAPAR - Polis menahan dua lelaki dan merampas satu senapang buatan sendiri atau...

Akhirnya Tunduk Kepada Desakan...

1. Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng mengumumkan, kerajaan memutuskan penetapan harga runcit...

Tunggu Permintaan Rasmi India Hantar Zakir

KUALA LUMPUR – Penceramah Islam terkenal, Dr. Zakir Naik berhadapan risiko diusir pulang ke India hasil daripada keputusan mesyuarat terbaru Kabinet Malaysia.

Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran berkata, beliau, Gobind Singh Deo dan Xavier Jayakumar telah membangkitkan tentang Dr. Zakir dalam mesyuarat tersebut.

“Kami, bukan seperti kerajaan lama Barisan Nasional (BN), telah membangkitkan perkara itu di Kabinet. Kami berbincang dan memutuskan akan tanya Peguam Negara (Tommy Thomas) sama ada terdapat permintaan rasmi oleh India.

“Biar kerajaan India mengemukakan perintah penghantaran pulang yang perlu dan kita (kerajaan Malaysia) akan mengikut undang-undang. Yang penting kerajaan India mesti membuat permintaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy dan rakan strategik Pakatan Harapan, Parti Tindakan Hak Minoriti (Mira) baru-baru ini mendesak kerajaan Malaysia menghantar pulang Dr. Zakir ke India.

Kerajaan India mendakwa Dr. Zakir yang berjaya mengIslamkan ramai penganut agama lain melalui ceramah agamanya terbabit dengan serangan pengganas di Dhaka serta pengubahan wang haram.


Mengulas lanjut, Kulasegaran berkata, keputusan Kabinet itu adalah tepat kerana isu Dr. Zakir perlu diputuskan berdasarkan undang-undang di mahkamah, bukan kerajaan atau mana-mana individu.

Justeru, katanya, kenyataan Perdana Menteri bahawa Dr. Zakir boleh tinggal di Malaysia selagi tidak melakukan sebarang kesalahan dibawah undang-undang sebelum ini adalah benar.

“Saya beri jaminan kepada rakyat apabila saya pergi ke India dan jika berkesempatan menemui Perdana Menteri India, Narendra Modi, saya akan bincangkan hal ini dengan beliau,” katanya. – Mynewshub.tv

Kategori