Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jangan Biar Orang Awam...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan digesa memastikan orang awam tidak sewenang-wenangnya memakai pakaian...

Nuridah Kekal Jawatan Ketua...

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Nuridah Mohd Salleh mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua...

Amboi! Murid Ugut Tarik...

ALAHAI... Sepucuk surat yang dipercayai ditulis seorang murid sekolah rendah menjadi tular di...

835 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kes baharu Covid-19 di Malaysia hari ini menurun kepada tiga...

Kerajaan Tidak Setuju Goldman Sachs Bayar AS$2 Bilion

BANGKOK – Cadangan bayaran ganti rugi bernilai AS$2 bilion oleh Goldmand Sachs kepada Malaysia ada terlalu rendah dan ia tidak boleh diterima kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Mereka sepatutnya membayar AS$7 bilion dan sudah pasti mereka tidak mampu membayarnya. Tawaran Goldman Sachs (AS$2 bilion) adalah terlalu rendah dan sebab itu kita tidak bersetuju.

“Jika kedua pihak tidak berjaya mencapai penyelesaian, kes ini akan dibawa ke mahkamah,” katanya kepada sidang media di Bangkok, Thailand hari ini.

Beliau mengulas laporan bahawa pasukan perunding Malaysia mungkin bersedia menerima sejumlah AS$2 bilion ganti rugi dari bank berkenaan.

Dr. Mahathir berkata tindakan Goldman Sachs sebelum ini yang mengenakan komisien 10 peratus dan caj 6 peratus terhadap pinjaman oleh kerajaan Malaysia melalui syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah satu kesalahan.


Goldman Sachs menerima sejumlah AS$600 juta selepas membantu 1MDB menerbitkan pinjaman bernilai AS$6.5 bilion pada 2012 dan 2013.

Malaysia di bawah kerajaan Pakatan Harapan menuntut bayaran berjumlah AS$7.5 bilion dari syarikat berkenaan dan rundingan masih berjalan.

Setakat ini seramai 17 bekas eksekutif Goldman Sachs telah didakwa kerana terlibat dalam kes membabitkan 1MDB. – Astro AWANI

Kategori