Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Peruntuk Banyak Subsidi...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa...

Badan Kehakiman Mesti Terpisah...

KUALA LUMPUR – Badan Kehakiman adalah komponen penting, walaupun bukan satu-satunya dalam sistem...

Kim Swee Panggil Pemain...

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih bola sepak negara, Datuk Ong Kim Swee akan...

PM Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada...

Kerajaan Tidak Sepatutnya Terlibat Dalam Perniagaan

LANGKAWI – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak sepatutnya terlibat dalam perniagaan tetapi menyerahkannya kepada sektor swasta.

“Sektor swasta mempunyai idea untuk menjana wang dan mereka berhati-hati dengan wang mereka. Kerajaan tidak mempunyai bantahan kerana 26 peratus daripada apa yang anda buat (sektor swasta) adalah milik kita dan ini adalah perniagaan yang baik, ” katanya yang merujuk kepada cukai yang dikutip oleh kerajaan daripada sektor swasta.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Dash Resort, sebuah resort antarabangsa baharu di Pantai Tengah di sini

Dr Mahathir juga memuji kejayaan pengurusan syarikat Dash Resort, Ri-Yaz Hotels and Resorts kerana dapat menukarkan bangunan yang dahulunya pejabat kerajaan menjadi tempat penginapan yang menarik dan dan bertaraf tinggi.

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Ri-Yaz, Datuk Seri Mohammed Shaheen Shah Mohd Sidek berkata mereka yakin ini akan menjadi tambahan kepada apa yang ditawarkan di Langkawi dan pastinya akan meningkatkan jumlah pelancong di pulau ini .


“Kami berbangga dapat memberikan pengalaman positif kepada pelawat yang berkunjung ke pulau ini,” tambah beliau. – BERNAMA

Kategori