Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Penetapan Kadar Gaji Minimum...

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia sedang menunggu kelulusan Kabinet mengenai penetapan kadar...

SPR Akan Siasat Kewujudan...

Kewujudan poster yang memaparkan tulisan 'Melayu bayar lebih GST, GST manfaat kita (orang...

Kerajaan Komited Bina Rumah...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan komited...

KWSP Dijangka Umum Dividen...

KUALA LUMPUR : Beberapa ahli ekonomi menjangkakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan...

Kerajaan Tidak Guna Wang ‘Curi’ Bantu Jemaah Haji

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan kerajaan tidak akan membantu umat Islam melaksanakan haji hasil daripada wang yang dicuri.

Lapor The Star, beliau menyata demikian merujuk kepada skandal 1MDB bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohammad Najib Tun Razak yang dianggap kononnya dana yang diperoleh hasil dari wang curi.

Beliau turut mendakwa, Najib telah menggunakan wang 1MDB membantu para Jemaah menunaikan haji sebelum ini.

“Beberapa umat Islam tidak akan dapat melaksanakan haji kerana kerajaan tidak akan membayar mereka dengan wang yang dicuri.

“Wang yang dicuri itu telah digunakan untuk membayar semua orang termasuklah nelayan, jawatankuasa pembangunan kampung dan pembahagian (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) BR1M,” katanya pada majlis makan malam bersama kira-kira 250 rakyat Malaysia di Tokyo, Jepun, malam tadi.

Tun Mahathir juga tidak dapat menentukan sama ada Najib akan ditangkap atau tidak berdasarkan bukti-bukti yang ditemui dalam siasatan yang sedang dijalankan.

Namun, beliau telah bertindak untuk menghalang Najib keluar dari Malaysia.


Tambahnya lagi, beberapa ahli parti UMNO telah hilang sejak kebelakangan ini antaranya Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos yang sedang dikehendaki polis.

“Tetapi kami berharap bahawa sebelum mereka hilang, kami boleh menghukum mereka mengikut undang-undang,” ujar Tun Mahathir.

Dalam pada itu, Tun Mahathir memberitahu usaha untuk menyusun semula dan memulihkan kewangan negara tidaklah mudah disebabkan hutang negara yang mencecah RM1 trilion.

Perdana Menteri juga berjanji kerajaan Pakatan Harapan akan menjalankan sistem demokrasi sebaiknya dan tidak akan mempengaruhi institusi-institusi lain di bawah kerajaan termasuklah badan kehakiman. – MYNEWSHUB.CC

Kategori