Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wanita Ini Jadi Kaya...

WANITA ini, Song Chen, menjadi kaya dengan menghantar susu tepung untuk bayi ke...

Apa Hak Kit Siang...

MARANG - Presiden Pas hari ini menyindir Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang...

Lirik Berulang, Ara Johari...

NAMPAKNYA 'perang' Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL 32) belum lagi reda buat masa ini! Semakin...

Inilah Giant George, Anjing...

TAHUKAH anda, Giant George atau lebih dikenali sebagai George merupakan anjing tertinggi di...

Kerajaan Tidak Campur Tindakan UM Terhadap Graduan Protes

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak perlu campur tangan terhadap tindakan yang di ambil Universiti Malaya (UM) membabitkan graduan yang menunjukkan tanda protes pada sidang Istiadat Konvokesyen universiti itu, Isnin lalu.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, berkata universiti berkenaan berhak mengambil tindakan yang dirasakan sesuai terhadap graduan berkenaan.

Katanya, tanda protes oleh graduan itu tidak sepatutnya ditunjukkan pada istiadat konvokesyen berkenaan.

“Kita ada prosedur, peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi. Protes boleh di buat tetapi bukan mengganggu istiadat berkenaan,” katanya pada sidang media selepas ucaptama pada Forum Hari Antarabangsa Bagi Membasmi Kemiskinan anjuran Yayasan Sejahtera di sini, hari ini.

Semalam, UM membuat laporan polis terhadap graduan berkenaan.

Dalam kejadian Isnin lalu, seorang graduan kejuruteraan awam sebaik menerima skrol ijazah mengeluar dan menayangkan plakad tertera perkataan, ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’.


Graduan terbabit melaungkan perkataan itu sambil menjerit “ini tanah Malaysia” selepas menerima ijazah di atas pentas bagi sidang kelima Istiadat Konvokesyen UM Kali ke-59 pagi semalam.

Perdana Menteri berkata, sesiapa saja boleh membuat protes tetapi bukan dalam majlis sedemikian.

Beliau mencadangkan supaya sebarang bentuk protes oleh graduan dibuat di tempat lain yang lebih sesuai. – BH Online

Kategori