Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Usia 9 Tahun Berani...

SINGAPURA - Usianya baharu sekecil sembilan tahun, tapi kanak-kanak ini, Nadya Naori Ikeda, sudah...

20 Pelancong Korea Selatan...

SHAH ALAM - Seramai 20 pelancong Korea Selatan berdepan saat mencemaskan apabila bas...

J/kuasa Khas Perhalus Keperluan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran mempertimbang menubuhkan sebuah jawatankuasa khas atau suruhanjaya bagi...

Kerajaan Mohon Batal Saman...

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula seorang...

Kerajaan Tidak Berhasrat Hapus E-Hailing – Kamarudin

KUALA LUMPUR — Kerajaan tidak berhasrat untuk menghapuskan perkhidmatan e-hailing, namun akan memastikan ia beroperasi tanpa sebarang kelebihan berbanding pengangkutan teksi.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar berkata perkhidmatan e-hailing telah menjadi satu fenomena di seluruh dunia dan ia mempunyai potensi yang tersendiri dalam menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai.

“Pada dasarnya kita tidak boleh menghapuskan e-hailing, dasar kita adalah untuk menyamaratakan peluang perniagaan oleh pengusaha teksi dan e-hailing seperti Grab dan Uber,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas sama ada kerajaan akan menghapuskan e-hailing susulan rungutan pelbagai pihak terutama pengusaha teksi terhadap perkhidmatan itu.

Kamarudin berkata, kementeriannya telah menetapkan syarat-syarat yang sama seperti pengusaha teksi kepada syarikat e-hailing untuk mereka beroperasi seperti pendaftaran dan pemeriksaan kenderaan.

Namun, katanya, perkara itu dilaksanakan secara berperingkat memandangkan jumlah pengusaha e-hailing di negara ini telah mencecah lebih 600,000 orang.

Dalam pada itu, ditanya pandangannya mengenai tindakan segelintir pengusaha teksi yang bersikap biadab terhadap perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis di Langkawi, semalam, Kamarudin berkata perkara itu tidak patut berlaku.


“Saya yakin perdana menteri mengambil berat tentang kebajikan keseluruhan penduduk di Langkawi, sebab beliau turut menyebut mengenai kebajikan (penduduk) Langkawi dalam mesyuarat kabinet.

“Pada saya, tindakan itu seperti yang dilaporkan dalam berita mengeluarkan kata-kata kesat, saya rasa tidak patut kepada seorang pemimpin negara seperti Tun Dr Mahathir yang mengambil berat mengenai kebajikan (penduduk) Langkawi,” katanya.

Majlis perjumpaan Dr Mahathir bersama persatuan pemandu teksi di Langkawi, semalam menjadi kecoh seketika apabila beberapa orang anggota persatuan bertindak biadab keluar majlis dan berteriak kerana tidak setuju dengan pandangan beliau berhubung perkhidmatan e-hailing, Grab. — BERNAMA

Kategori