Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Naib Presiden Eksekutif Maybank...

SINGAPURA - Ketika DAP di Malaysia giat cari anak Melayu untuk dijadikan calon...

Skuad Berbasikal Trek Lakar...

JAKARTA – Skuad berbasikal trek negara mempamerkan kayuhan cemerlang selepas melakar rekod baharu...

Bayi Dihempap Selama 3...

Seorang bayi berusia 10 bulan terselamat walaupun selepas tiga hari dihempap mayat bapanya...

PBNJ Akan Hormati Keputusan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) akan menghormati sebarang keputusan...

Kerajaan Tawar RM6.2 Bilion ‘Beli’ 4 Lebuh Raya

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM6.2 bilion ditawarkan Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) bagi mengambil alih empat syarikat konsesi lebuh raya.

Memetik laporan Malaysiakini, MOF Inc dalam pemfailan berasingan dengan Bursa Malaysia oleh Gamuda Bhd. (Gamuda) dan Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd. (Litrak Holdings) telah mengeluarkan surat tawaran kepada empat syarikat konsesi lebuh raya iaitu Kesas Holdings, Sprint Holdings, Litrak Holdings dan Smart Holdings.

Berdasarkan pemfailan itu, keputusan tersebut berkemungkinan sebagai langkah pertama kerajaan ke arah mengurangkan kadar tol.

Februari lalu, kerajaan mendedahkan sedang berbincang dengan Gamuda untuk mengambil alih empat lebuh raya di mana syarikat itu mempunyai pegangan majoriti.

Berdasarkan pengumuman itu, empat lebuh raya terbabit ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint Expressway), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong Smart.


Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendedahkan empat lebuh raya itu memiliki 48 peratus pegangan saham bagi lebuhraya bertol di bandar (tidak termasuk yang dikendalikan oleh PLUS Malaysia Berhad) berdasarkan hasil kutipan tol. – UTUSAN ONLINE

Kategori