Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anis Yusal Sifatkan ‘Amanah...

KUALA LUMPUR – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) Datuk...

Siasat Pihak Terlibat Kejadian...

MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron mengarahkan pihak berkuasa melakukan...

PIBG Bantah Menara Telekomunikasi...

GEORGETOWN - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hamid...

TLDM Lancar Aplikasi Telefon...

KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini melancarkan aplikasi telefon...

Kerajaan Tambah Kamera AWAS Di Lokasi Kemalangan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menambah jumlah kamera Automated Awareness Safety System (AWAS) di lokasi-lokasi yang kerap berlaku kemalangan bagi meningkatkan keselamatan jalan raya dan mengurangkan kadar kemalangan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata cadangan itu kini dalam peringkat kajian dan penentuan semula lokasi untuk dibuat penambahbaikan dengan mengemaskini kawasan kerap kemalangan berasaskan data-data terkini.

“Kos pemasangan serta operasi kamera hanya akan ditentukan semasa pemasangan kamera itu dilakukan,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Razali Idris yang ingin tahu berapa jumlah kos pembelian, pemasangan dan penyelenggaraan kamera Automated Enforcement System (AES) atau AWAS, serta berapa jumlah saman yang telah dikutip setakat ini.

Kamarudin berkata dari 1 September tahun lepas sehingga 17 April tahun ini, sebanyak 163,986 saman telah dikeluarkan dan kerajaan memperolehi kutipan sebanyak RM5,726,400 daripada saman-saman itu.

Kategori