Kerajaan Tak Akan Laksanakan PKP

SHAH ALAM – Kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sekiranya PKP dilaksanakan sekali lagi, ia boleh membawa kesan besar yang dikhuatiri akan meruntuhkan sistem sosial dan ekonomi negara.

Menurutnya, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar di kawasan yang dikenal pasti mempunyai kes Covid-19 yang tinggi.

β€œDengan ini aktiviti ekonomi dan sosial di kawasan-kawasan lain yang tidak terjejas, boleh diteruskan dengan amalan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan membuat penguatkuasaan yang tegas,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam siaran langsung perutusan khas situasi semasa Covid-19 di akaun Facebook rasminya hari ini. – Sinar Harian

Loading...