Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anak Diharap Jadi Ustazah...

SHAH ALAM – Impian seorang ibu untuk melihat anaknya bergelar ustazah hancur berkecai...

UMLAND Bakal Bina Taman...

YOKOHAMA, Jepun: United Malayan Land Bhd (UMLAND) bekerjasama dengan sebuah syarikat Jepun untuk...

Malaysia-Singapura Bincang Isu Ruang...

SINGAPURA - Mesyuarat antara Malaysia dan Singapura dijangka menyentuh isu ruang udara Pasir...

Guna Dron Racun Sawah...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) membantah cadangan Lembaga Kemajuan Pertanian...

Kerajaan Sukar Benarkan Pengeluaran Akaun 1 KWSP

PAGOH – Sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran wang akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi digunakan rakyat yang berdepan wabak COVID-19, kata Perdana Menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau menyedari ada cadangan yang dibuat bagi pengeluaran wang akaun 1 KWSP dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi akibat penularan berkenaan. 

“Saya nak beritahu sukar untuk kita menimbangkan perkara berkenaan (benarkan pengeluaran wang akaun 1 KWSP), bukan kerana kerajaan tidak mahu.

“Memang ramai yang teks saya berkata ‘tolonglah Tan Sri, kami susah.’ Sekarang pun tanpa mengeluarkan simpanan itu, kita sudah menyediakan berbilion ringgit bagi membantu rakyat. 

“Jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki, saudara akan hadapi masalah lebih besar pada masa hadapan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 Koperasi Sungai Terap/Sungai Raya Muar Berhad di Dewan Sri Permata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Pasir di sini, hari ini. – BH Online

Kategori