Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kementerian Pantau Produk Berasaskan...

JOHOR BAHRU – Kementerian Kesihatan akan terus memantau perkembangan lanjut isu telur ayam...

Kerajaan Telus Dan Berani...

KANGAR - Jaminan untuk tidak menarik kebebasan bersuara di media sosial membuktikan bahawa...

Plagiarisme Satu Jenayah Akademik...

KUALA KANGSAR - Perbuatan plagiarisme atau penjiplakan adalah satu jenayah akademik, perilaku mungkar...

Video: Lelaki Sempat Main...

KEBERANIAN serta ketenangan seorang lelaki ini sememangnya patut dikagumi!Melalui video viral yang dimuat...

Kerajaan Setuju Turunkan Harga Topeng Muka

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju untuk menurunkan harga topeng muka pada satu harga baharu yang akan ditetapkan dalam masa terdekat.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan berbincang dengan pihak industri dengan segera bagi tujuan itu.

“Harga topeng RM2 (sekeping) adalah terlalu mahal maka Mesyuarat Khas Menteri-Menteri berhubung Perintah Kawalan Pergerakan hari ini bersetuju harga perlu diturunkan.

“Jadi saya jangka dalam waktu terdekat…KPDNHEP perlu segerakan agar kita boleh buat pengumuman dan yang penting mesti di bawah RM2,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata stesen minyak di seluruh negara diwajibkan untuk menyediakan cecair pembasmi kuman bagi kegunaan pemandu yang mengisi minyak.

“Terdapat kerisauan yang pam minyak diguna secara bergilir-gilir maka dengan adanya cecair pembasmi kuman, pemandu boleh menggunakannya kemudian mencuci tangan mereka dahulu sebelum pam dan selepas pam minyak boleh cuci tangan lagi sebelum teruskan perjalanan,” katanya.

Kategori