Kerajaan Selangor Lulus Kuil Hindu Seluas Satu Ekar

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor telah bersetuju untuk mengazetkan kawasan seluas satu ekar di USJ 23 sebagai tapak baharu Kuil Sri Maha Mariamman.

Presiden Jawatankuasa Pengurusan kuil berkenaan, KK Chellappa berkata, tapak baharu itu lebih besar berbanding tapak lama kuil itu iaitu berhampiran Lebuh Raya LDP.

Ada 0.86 ekar lebihan tanah awam di sebelah tapak baru tersebut yang akan memudahkan penganut (Hindu) meletakkan kenderaan mereka.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan Selangor mendapatkan tapak tetap untuk Kuil Sri Maha Mariamman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KK Chellappa berkata, tapak lama kuil itu terletak di tanah milik One City Development Sdn. Bhd. dan persetujuan dicapai untuk memindahkannya ke lokasi lain serta diberi sumbangan RM1.5 juta daripada syarikat itu.

Justeru, kata beliau, pihaknya gembira kerana Kerajaan Selangor akan mengazetkan kawasan seluas satu ekar di Persiaran Harmoni tersebut sebagai tempat ibadat Kuil Sri Maha Mariamman. – MYNEWSHUB.CC

Loading...