Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ku Nan Persoal Niat...

SETIAUSAHA Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mempersoalkan niat di sebalik...

Kedah Mampu Pertahan Piala...

JOHOR BAHRU – Mempertahankan Piala Sumbangsih 2018 bukan misi mustahil bagi skuad Lang...

Penyelia Pusat Hiburan Dikenakan...

LABUAN - Mahkamah Khas Rasuah di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang penyelia...

Virus Zika Sudahpun Wujud...

KUALA LUMPUR - Pengesahan kes kedua jangkitan Zika, di Kota Kinabalu, Sabah, menunjukkan...

Kerajaan Selangor Berdukacita Atas Pemergian Muhammad Adib

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor berdukacita atas pemergian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur malam ini.

Menteri Besar Amirudin Shari turut merakamkan ucapan takziah kepada anggota keluarga Allahyarham.

“Saya mengulangi keyakinan saya akan kemampuan pihak Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara untuk menyempurnakan siasatan terhadap kes ini.

Sekiranya terbukti wujudnya elemen jenayah maka saya berharap penjenayah terbabit akan segera dibawa ke muka pengadilan dan dihukum sekeras-kerasnya atas tindakan tidak berperikemanusiaan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya cedera parah selepas diserang dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya pada 27 Nov lepas.

Semalam, IJN dalam kenyataan menjelaskan keadaan kesihatan Muhammad Adib semakin merosot dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur sejak 24 jam lepas. – BERNAMA

Kategori