Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bersengkang Mata Hampir 24...

KUALA LUMPUR - Demi tugas dan keselamatan orang awam, anggota bomba yang terlibat...

Najib Ketuai Delegasi Ke...

MANILA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi Malaysia...

PAS Ulangi Pendirian Tolak...

KUALA LUMPUR - PAS mengulangi pendirian parti itu tidak akan menyokong 'deklarasi rakyat'...

Berhati Mulia, Ed Sheeran...

PENYANYI dan penulis lirik terkenal Ed Sheeran, 24, mendermakan kesemua bajunya ketika menghadiri Anugerah...

Kerajaan Rangka Mekanisme Baharu Penetapan Tarif Air

KUALA LUMPUR – Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang merangka mekanisme penetapan tarif air baharu untuk masa depan.

Timbalan Menterinya, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata antara ciri mekanisme itu termasuk memastikan kenaikan kadar tarif air dilakukan secara terkawal dan melindungi kepentingan pengguna secara keseluruhan.

“Ia turut mengambil kira keperluan khas rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah, berupaya meningkatkan keupayaan dan kecekapan operator air selain telus, adil serta mudah difahami,” katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Fahariyah Md Nordin mengenai kadar tarif air seluruh negara dan langkah kerajaan mengawal kenaikan tarif air agar tidak membebankan pengguna.

Tengku Zulpuri Shah berkata kementerian juga akan memberi pertimbangan terhadap beberapa perkara lain antaranya kadar tarif air sedia ada di beberapa negeri yang tidak disemak untuk tempoh masa yang lama seperti Pahang (35 tahun) dan Perlis (22 tahun).


Katanya, kadar tarif yang rendah akan menjejaskan unjuran pendapatan operator air yang ditetapkan di dalam pelan perniagaan dan seterusnya menjejaskan mutu perkhidmatan mereka kepada pengguna. – BERNAMA

Kategori