Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di T’ganu...

KUALA TERENGGANU - Hari keempat banjir di Terengganu terus menunjukkan pemulihan positif dengan...

4.1 Juta Rakyat Malaysia...

SHAH ALAM - Sejumlah 4.1 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum...

Kasihan DAP, PKR Dipergunakan...

KALAU dahulunya pergerakan Reformasi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ideologi ‘Malaysian Malaysia’...

Lelaki Bersyukur Wang Gagal...

KOTA BHARU - Pembantu am yang wang miliknya sebanyak RM4,900 yang gagal didepositkan...

Kerajaan Pulau Pinang Beli 15 Toyota Camry Baharu

GEORGETOWN – Kerajaan Pulau Pinang telah membeli 15 buah kereta jenis Toyota Camry 2.5 CBU baharu sebagai kereta rasmi bagi digunakan barisan pemimpin di negeri ini dan telah diserahkan kepada kerajaan negeri pada 15 Ogos lalu.

Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Sarul Bahiyah Abu berkata, pembelian itu diputuskan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Pulau Pinang pada 13 Mac lalu.

Menurutnya, penggantian kereta rasmi baharu itu dibuat bagi menggantikan kenderaan rasmi sedia ada berasaskan jangkaan kos penyelenggaraan lebih rendah dan aspek keselamatan yang lebih baik.

“Harga seunit Toyota Camry 2.5 CBU adalah RM184,912.50 dan tiada potongan cukai diberikan. Bagaimanapun, selepas rundingan harga diadakan bersama pembekal, kerajaan negeri diberi diskaun sebanyak RM4,990.

“Kereta rasmi sedia ada iaitu jenis Toyota Camry 2.5 CKD telah digunakan selama enam tahun dan tidak lagi di dalam tempoh jaminan. Selain itu, ia perlu kerap dihantar untuk dibaiki dengan membabitkan kos penyelenggaraan yang tinggi iaitu purata RM11,030 setahun bagi seunit bagi tempoh lima tahun (2013 hingga 2018),” katanya melalui kenyataan media, hari ini.


Sarul Bahiyah berkata, bagi kereta jenis Toyota Camry 2.5 CKD sedia ada, 10 daripadanya akan dijual melalui tender manakala lima unit lagi masih digunakan oleh kerajaan negeri.

“Bagi kereta rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang (Chow Kon Yeow) kerajaan negeri masih menunggu maklum balas daripada pembekal mengenai stok model bersesuaian sebelum pertimbangan lanjut.

“Purata kos penyelenggaraan kereta rasmi Mercedes Benz S320 yang digunakan oleh Ketua Menteri pada masa ini telah meningkat sejak penggunaannya dari 2013 iaitu RM36,169 setahun (sehingga 2018),” katanya. – Sinar Harian

Kategori