Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Krisis Kemanusiaan Yaman Makin...

KRISIS kemanusiaan di Yaman semakin kritikal dan semakin banyak pihak menggesa tindakan tegas...

Kedah Perlu 1,800 Pain...

ALOR SETAR - Jabatan Kesihatan Negeri Kedah memerlukan sekurang-kurangnya 1,800 pain darah bagi...

Adenan Mahu Sarawak Muncul...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mahu kontinjen Sukma Sarawak...

Chelsea Lengkapkan Detik Bersejarah...

LONDON - Chelsea melengkapkan musim gemilang bola sepak England apabila melepasi malam mendebarkan...

PH Segerakan Tubuh Lembaga Wakaf Hindu

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mempercepatkan proses penubuhan Lembaga Wakaf Hindu di Malaysia.

Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata, insiden rusuhan di Kuil Maha Mariamman, Selangor menunjukkan perkara itu perlu disegerakan.

“Berdasarkan Manifesto PH, rancangan kami untuk menubuhkan Lembaga Wakaf Hindu di setiap negeri.

“Kini masa terbaik ia ditubuhkan untuk memastikan keseragaman kuil-kuil di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kula Segaran yang juga Naib Presiden DAP berkata, kerajaan PH perlu melihat kepada usaha menggubal undang-undang mengenai perkara itu.


Terdahulu, beliau meminta rakyat berwaspada kemungkinan wujud tangan ghaib disebalik insiden rusuhan itu.

Dakwanya, ada pihak mengambil kesempatan meraih merit politik selepas mereka ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14.

“Kita ada mendengar kejadian lain di seluruh negara. Kita menggesa orang ramai menjadi bijak tentang perkara ini dan tidak jatuh dalam helah mereka,” dakwanya. – Mynewshub.tv

Kategori