Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Badan Nyaris Terputus Dua...

CHINA – Seorang lelaki nyaris terputus dua ketika dia cuba keluar daripada sebuah...

Banjir: Pembangkang Terus Ambil...

KUALA LUMPUR - Parti-parti pembangkang memang hebat mengambil kesempatan daripada bencana banjir yang...

ATM Mula Tugas Bantu...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula diatur gerak bagi membantu Polis...

Aaron Teruja Penampilan Sulung...

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal Aaron Aziz teruja apabila penampilan sulungnya dalam filem...

Penuhi Komitmen RM8b Dengan Baki Hanya RM450j

PUTRAJAYA – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berjaya menunaikan komitmen bulanan kewangan berjumlah RM8 bilion untuk pembayaran gaji, pencen bulanan dan pembayaran bonus walaupun ditinggalkan dengan hanya RM450 juta oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata, kerajaan PH telah mengharungi tempoh lima bulan yang amat mencabar selepas 9 Mei 2018.

“Jumlah dalam Akaun Hasil Disatukan telah menurun secara mendadak daripada RM11.86 bilion pada Disember 2017 kepada hanya RM5.73 bilion pada Januari 2018, RM5.34 bilion pada Februari 2018, RM3.91 bilion pada Mac 2018 dan kemudiannya tinggal RM450 juta pada April 2018,” katanya lagi.

Katanya, ini merupakan pemerosotan sebanyak 96 peratus atau RM11.41 bilion dalam tempoh empat bulan sahaja.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan terdahulu di bawah pimpinan BN telah berbelanja secara berlebihan sehingga berbilion ringgit setiap bulan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14,” katanya lagi.

Akauntan Negara, Datuk Saat Esa telah mengesahkan bahawa hanya wang dalam Akaun Hasil Disatukan sahaja boleh digunakan untuk perbelanjaan Kerajaan Persekutuan dan bukannya daripada Kumpulan Wang Disatukan, jelasnya lagi.

Saat juga telah mengesahkan bahawa hanya RM450 juta sahaja yang tinggal di dalam akaun tersebut pada 30 April 2018, iaitu sebelum BN menyerahkan kuasa kepada kerajaan baharu pada 9 Mei 2018, kata Lim.


Terdapat pihak tertentu yang masih lagi percaya bahawa kerajaan BN telah menyerahkan berbilion ringgit di dalam Akaun Wang Tunai pada 30 April 2018 kepada kerajaan PH.

“Ini tidak benar. Bukan semua wang yang berada dalam Akaun Tunai boleh digunakan untuk perbelanjaan kerajaan. Akaun Tunai dan juga Akaun Pelaburan membentuk satu gabungan wang tunai yang dikutip, disimpan dan dilabur ​​​​​​​untuk tiga akaun yang berasingan iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan,” katanya.

Oleh itu, tambah Lim, bukan semua Akaun Wang Tunai dan Akaun Pelaburan boleh dibelanjakan oleh kerajaan Persekutuan ​​​​​​​kerana bukan semua wang tersebut tergolong dalam Akaun Hasil Disatukan. – BERNAMA

Kategori