Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Najib Kagum Kehebatan ePrix...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai beribu-ribu...

DAP Minta SPRM Siasat...

KUALA LUMPUR - DAP mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sama ada...

Tempoh Giliran Tunai Haji...

KUALA LUMPUR - Tempoh menunggu menunaikan haji bagi rakyat Malaysia dikurangkan selama 13...

Pro Dan Kontra Pelantikan...

PAGI Sabtu lalu, baru sahaja selesai pemilihan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)...

Kerajaan PH Batalkan 4,000 Projek Rakyat?

PAS menuntut penjelasan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung dakwaan lebih 4,000 Projek Mesra Rakyat di setiap Parlimen di seluruh negara yang telah diluluskan dibatalkan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, projek yang dibatalkan kerajaan PH tersebut sangat memberi faedah langsung kepada rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

“PAS telah menunggu penjelasan selama empat hari dari Menteri Kewangan (Lim Guan Eng), tetapi masih tiada jawapan.

“Sebenarnya untuk pengetahuan umum, lebih 4,000 projek tersebut adalah projek khas dan melibatkan peruntukan dana dari Kerajaan Persekutuan serta diseliakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

“Hanya terdapat beberapa projek sahaja yang diberikan kepada pejabat daerah sebagai pelaksana tapi ia masih lagi tertakluk kepada Kerajaan Persekutuan,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kerajaan PH sejak mengambil pentadbiran negara daripada Barisan Nasional (BN) sering memberi alasan Malaysia berhadapan hutang yang tinggi apabila isu kewangan dibangkitkan oleh mana-mana pihak.


Ia termasuk berhubung pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditukar nama kepada Bantuan Sara Hidup(BSH) dikurangkan sedangkan kerajaan terdahulu menjayakan program berkenaan dengan lancar.

Dalam pada Nasrudin turut meminta Menteri Kewangan menjelaskan dakwaan mengenai tuntutan pembayaran projek yang masih tidak dilunaskan kepada kontraktor Bumiputera berjumlah puluhan juta ringgit.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat yang diterima, dalam minggu ini juga, pihak persatuan kontraktor telah menghantar satu surat tuntutan pembayaran segera kepada pihak ICU.

“Semua pembayaran kepada kontraktor Bumiputera tersebut dikatakan telah disekat oleh Menteri Kewangan. Oleh itu, PAS menuntut dua isu utama ini dijelaskan dengan segera dan penuh tanggungjawab oleh Menteri Kewangan,” katanya. – Mynewshub.tv

Kategori