Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Dakwaan Susu Dutch Baby...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengenai dakwaan susu tepung Dutch...

Sistem Tram Paling Sesuai...

GEORGE TOWN - Sistem pengangkutan tram dilihat paling sesuai untuk mengatasi masalah kesesakan...

Lelaki China Berbaju Dalam,...

SEMPENA Bulan Kesedaran Kanser Payudara, 10 lelaki di Hunan, China memilih untuk memakai baju...

Beberapa Sistem Di KLIA...

SEPANG - Beberapa sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini...

Kerajaan PH Bakal Kawal Gelaran ‘Ustaz’, ‘Ulama’?

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyokong cadangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengawal penggunaan gelaran ‘ustaz’ dan ‘ulama’ di Malaysia.

Menurut beliau, perkara itu telah pun dibangkitkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof dalam satu seminar semalam.

“Dalam seminar semalam, Menteri Agama memperkatakan tentang perlunya kawalan terhadap penggunaan gelaran ‘ustaz’ dengan sewenangnya. Ini dibimbangi masyarakat akan terkeliru dan menyangka fakta yang salah itu benar kerana gelaran berkenaan.

“Saya sokong dan saya rasa perkataan yang paling bahaya digunakan ialah ‘ulama’. Ini seperti tokoh ulama, dewan ulama, majlis ulama, syura ulama dan seumpamanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Asri yang diketahui umum pro-PH mendakwa penggunaan gelaran ‘ustaz’ dan ‘ulama’ di Malaysia begitu mudah, maka adalah penting ia dikawal untuk mengelakkan masyarakat menjadi mangsa.

Beliau memberi contoh dengan mendakwa seorang penceramah parti politik bergelar ‘ustaz’ yang dianggap ‘ulama’ oleh partinya mentakrifkan hadis ‘hasan gharib’ dengan makna ‘hadis hasan yang luar dari kebiasaan’.

Beliau menuduh percemarah bergelar ‘ustaz’ dan ‘ulama’ itu mungkin tidak pernah mendengar perkataan ‘gharib’ dalam ilmu hadis untuk membolehkan sekurang-kurangnya mengangak maksud al-Imam al-Tirmizi atau selainnya.


“Hal ini sangat asas untuk diketahui oleh pelajar agama. Apatah lagi apabila seseorang cuba mengajar hadis kepada orang ramai. Malangnya nanti jika pengikut partinya menelan apa sahaja yang ‘ulama’ mereka beritahu.

“Padahal, maklumat ‘ulama’ mereka itu bukan sahaja dangkal tetapi tidak berasas. Bahkan tidak menggambarkan sama sekali pengajian ilmu,” katanya.

Cadangan untuk mengawal gelaran ‘ustaz’ dan ‘ulama’ itu bagaimanapun menimbulkan polemik dalam kalangan netizen yang mempersoalkan sama ada hanya mereka yang pro-kerajaan PH sahaja boleh digelar sebagai ‘ustaz’ dan ‘ulama’ selepas ini. – MYNEWSHUB.TV

Kategori