Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

KKM Alu-Alukan Sumbangan Tunai,...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengalu-alukan orang ramai menyalurkan sumbangan tunai...

KBAT Fokus Hala Tuju...

KOTA SAMARAHAN – Hala tuju pendidikan pada abad ke-21 memfokuskan kepada pemikiran yang...

Bella Mahu Move On,...

TAK ada angin, tak ada ribut... Tiba-tiba sahaja pasangan selebriti Nazim Othman dan...

Naya.. Penumpang Bas Ekspres...

Seorang pengguna Facebook hari ini mendakwa menyaksikan satu kejadian memalukan ketika menaiki sebuah...

Kerajaan Pertimbang Kadar IPG RM2.50

JELEBU — Kerajaan bersetuju mempertimbangkan penetapan paras harga Insentif Pengeluaran Getah (IPG) ke RM2.50 sekilogram berbanding RM2.20 ketika ini.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok, berkata beliau sudah membentangkan usul itu kepada Kabinet semalam dan Kementerian Kewangan bersetuju membuat kajian berhubung penetapan kadar baharu itu.

“Kadar ketika ini ialah RM2.20 dan sekiranya harga getah jatuh, kerajaan melalui Lembaga Getah Malaysia (LGM) akan tambah sehingga RM2.20… dan untuk itu, kerajaan memperuntukkan RM294 juta bagi membayar perbezaan ini kepada semua penoreh getah.

“Bagaimanapun, kadar itu dianggap rendah dalam kalangan pekebun kecil getah dan kerana itu, kita buat satu pengiraan kalau kita tingkatkan harga IPG kepada RM2.50, kerajaan perlu membayar RM657 juta kepada semua penoreh getah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Mengumpul Getah (PMG) PRIMINIS LGM, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sekiranya kadar IPG dinaikkan, kerajaan akan menanggung kos yang tinggi dan beliau yakin Kementerian Kewangan juga akan membuat pengiraan teliti.

“Harus diingat, kita bukan sahaja ada penoreh getah tetapi juga pekebun kecil lain seperti peladang kelapa sawit dan pekebun kecil tanaman lain yang turut mengalami kesusahan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Kok berkata, pekebun kecil getah digalak untuk mengumpul hasil lateks memandangkan harganya lebih tinggi berbanding getah beku atau ‘cup lump’ dengan perbezaan harga kira-kira RM1.50.


“Ini antara inisiatif kepada mereka untuk tambah pendapatan kerana pengutipan lateks sebenarnya boleh beri keuntungan lebih baik, ini yang kerajaan galakan.

“Sebagai contoh, kita ada beberapa kilang sarung tangan getah yang memang terkenal di dunia. Mereka kata terpaksa import lateks dari Thailand. Sayang, kita ada ramai penoreh getah tetapi mereka kurang mengutip lateks,” katanya.

Dalam usaha meningkatkan lagi pendapatan penoreh getah, Kok berkata, tanaman integrasi dicadangkan iaitu dengan mempelbagaikan tanaman selain daripada pokok getah.

“Cara ini sebagai langkah menampung pendapatan penoreh getah sekiranya tiba musim tengkujuh. Mereka boleh memperoleh pendapatan daripada tanaman seperti nanas dan mangga,” katanya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2019, Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk meneruskan program pemberian IPG kepada pekebun kecil getah di seluruh negara. — BERNAMA

Kategori