Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kerajaan BN Suntik Pembangunan...

LAHAD DATU - Pembangunan yang disuntik di Sabah khususnya di Lahad Datu begitu...

Rauf Calon Ketua Menteri...

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara Ab...

Anjing Pengesan Pun ‘Lalok’...

JUMLAH dadah syabu yang terlalu banyak di atas kapal yang ditahan pihak berkuasa...

Laluan Keluar Masuk Plaza...

SHAH ALAM: Semua laluan keluar masuk Plaza Tol Shah Alam berdekatan Seksyen U8...

Kerajaan Pertimbang Guna Campuran 2 Jenis Vaksin

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mempertimbangkan kaedah heterolgi atau campuran dua vaksin sebagai sebahagian pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (​PICK), negara ini. 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin, berkata kerajaan memang mengkaji untuk memberikan dua jenis vaksin, berikutan banyak negara sudah berbuat demikian. 

Katanya, kaedah itu adalah bagi meningkatkan antibodi peneutralan serta keberkesanan sesuatu vaksin. 

“Perkara ini sedang diteliti oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV). Kita mempunyai beberapa data ‘real-world’ yang diterima dari Jerman mengenai vaksinasi heterologi menggunakan AstraZeneca bagi dos pertama dan Pfizer untuk dos kedua.

“Ini sememangnya sudah terbukti meningkatkan peneutralan antibodi dan menjadi lebih efektif terhadap varian, selain ia juga sesuai apabila kita menghadapi kekurangan bekalan vaksin, jadi mencampurkan dua jenis vaksin itu akan lebih baik,” katanya pada sesi webiner semalam yang boleh ditonton menerusi Youtube. 

Sesi webinar semalam itu dihoskan oleh Oxford and Cambridge Society of Malaysia itu berlangsung kira-kira satu jam setengah.

Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagaimanapun, berkata kerajaan tidak akan tergesa-gesa untuk membuat keputusan sebelum selesai mendapatkan banyak data.

“Kita akan melihat dengan teliti. Selepas kumpulan kerja teknikal jelas mengenai hal itu, mereka akan memberi nasihat kepada jawatankuasa yang saya ketuai bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan kita akan melaksanakan vaksinasi heterologi,” katanya. 


Katanya, kerajaan optimis terhadap kaedah itu, berikutan ada kemungkinan kerajaan akan laksanakan susulan banyak negara sudah melakukannya.

“Tambahan pula ketika ini, kita sedang menghadapi masalah bekalan vaksin, jadi boleh mencampurkan kedua-duanya untuk mendapatkan kesan yang baik,” katanya.

Beliau berkata, laporan data awal dari percubaan Jerman yang membabitkan kumpulan ujian kecil hanya 26 pesakit muda yang mencadangkan kombinasi dos vaksin AstraZeneca dan Pfizer mencetuskan tindak balas imun hingga empat kali lebih kuat daripada jika diberikan dua dos vaksin yang sama.

“Ujian menunjukkan, kaedah vaksinasi heterologi menjadi lebih efektif dalam meneutralkan antibodi untuk melindungi penerima dari jujukan COVID-19 baru seperti strain Alpha dan Beta. 

“Juga dilaporkan bahawa dos berulang daripada salah satu vaksin menunjukkan kecenderungan untuk menjadi kurang efektif dari semasa ke semasa, atau menyebabkan kesan sampingan yang lebih kuat dengan dos berulang,” katanya. – BH Online

Kategori