Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perkhidmatan Pos Laju Akan...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata kementerian sedang...

Tiada Masalah Bekalan Minyak...

JOHOR BAHRU - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Johor menegaskan...

Ahmad Faizal Mulakan Tugas...

IPOH - Ahmad Faizal Azumu hari ini memulakan tugas sebagai Menteri Besar Perak...

Kerajaan Belum Putuskan Pekeliling...

PUTRAJAYA - Kerajaan belum memutuskan untuk mengeluarkan pekeliling khusus berkaitan permainan Pokemon Go...

Kerajaan Perlu Telus Dalam Pembatalan HSR – Tok Mat

SEREMBAN – Keputusan kerajaan membatalkan projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur – Singapura (HSR) memerlukan ketelusan dan penjelasan sewajarnya.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penjelasan Menteri Pengangkutan Singapura, Ong Ya Kung di Parlimen Singapura pada Isnin lalu, sangat bercanggah dengan penjelasan dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamed, yang mengatakan bahawa projek tersebut tidak lagi berdaya maju untuk dilaksanakan kerana impak pandemik Covid-19.

Katanya, dua bulan lalu kerajaan Persekutuan bersungguh-sungguh ingin meneruskan projek mega ini yang dijangka dapat menjana kesan berganda yang positif terhadap ekonomi negara dalam pernyataan Belanjawan 2021.

“Perubahan mendadak dalam keputusan berkaitan projek berimpak tinggi seperti ini serta ketidaktelusan kerajaan tentang pelbagai aspek, termasuk sebab sebenar dan jumlah pampasan yang mesti dibayar oleh Malaysia telah menyusutkan kewibawaan kerajaan.

“Semua ini akan terus menghakis keyakinan pelabur luar terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan terpilih.

“Implikasi pembatalan HSR ini bermakna, segala perancangan pembangunan bandar dan pertumbuhan pelbagai sektor ekonomi akan menerima impak negatif, termasuk hab pengangkutan bersepadu seperti Bandar Malaysia serta pembangunan bandar lain sepanjang laluan HSR,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.


Tambahnya, jika projek ini diteruskan tanpa Singapura, ia tidak lagi strategik, berikutan kerajaan tidak mempunyai ‘an overarching strategy’ dalam melaksanakan projek mega sebegini.

Katanya, dasar prasarana dan keputusan ekonomi, terpisah daripada realiti integrasi ekonomi rentas sempadan yang selama ini negara perjuangkan melalui pelbagai kerjasama ekonomi serantau.

“Namun, keutamaan waktu ini ialah ketelusan dan akauntabiliti pihak kerajaan. Oleh kerana projek ini melibatkan dana awam, termasuk pembayaran pampasan kepada Singapura, kerajaan Malaysia wajar tampil dan menjelaskan segala percanggahan dalam kenyataan yang dikeluarkan dan berhenti daripada terus mengelirukan rakyat,” katanya. – Sinar Harian

Kategori