Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan 3 Anggota...

JOHOR BAHARU - Tiga lelaki yang merupakan saki baki anggota Geng Kadir yang...

Julia Perez Meninggal Dunia...

PELAKON dan penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Julia Perez atau lebih mesra dipanggil Jupe...

KAFA Perlukan RM6 Juta...

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memerlukan dana sebanyak RM6 juta...

PRK Rompin: BN Optimis...

ROMPIN - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin optimis Barisan Nasional (BN)...

Kerajaan Perlu Adil Beri Peruntukan Pada Semua Negeri

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan kerajaan perlu memberikan peruntukan pembangunan seadilnya kepada semua negeri. 

Beliau berkata, kerajaan tidak boleh melabelkan sesebuah negeri itu sebagai ‘miskin’ sekiranya tiada perancangan jelas dilakukan terhadap negeri tersebut. 

“Tak guna sebut Sarawak miskin, Sabah miskin dan Kelantan miskin tetapi peruntukan tak nak beri, royalti sampai sekarang pun tak beri, Kedah tak mengapalah ada minyak gamat. 

“Dari segi Bajet (yang akan dibentangkan nanti) berapa peruntukan yang kita bagi yang katakan negara kita miskin? Perlu ada keseimbangan pembangunan wilayah dan kita perlu mengakui perlu keluar daripada kerangka lama. 

“Kalau (sebut) negara itu miskin, negeri ini miskin, tetapi peruntukan, pembangunan dan perancangan tiada,” katanya ketika menyampaikan ucapan mewakili PAS sempena Seminar Kemiskinan dan Kesenjangan di Malaysia: Melihat Kembali Takrifan dan Pelaksanaan di Bangunan Parlimen di sini hari ini.


Yang turut hadir ialah Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Prof. KS. Jomo. 

Seminar itu diadakan susulan kenyataan oleh Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Berhubung Kemiskinan Tegar dan Hak Asasi Manusia, Prof. Philip Alsto mengenai kemiskinan tegar dan hak asasi manusia. 

Malaysia menyuarakan rasa kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Alston sebelum ini yang mendakwa negara ini mempunyai ‘kemiskinan yang ketara’ dan kadar kemiskinan sebenar adalah kira-kira 15 peratus. – UTUSAN ONLINE

Kategori