Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jerebu: Kabinet Bincang Jalan...

KUALA LUMPUR - Perbincangan dan penyelesaian mengenai masalah jerebu yang melanda negara akan...

Dua Individu Buat Kacau...

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki dan wanita warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan...

Gigi Tumbuh Dalam Lubang...

COPENHAGEN - Doktor membuat penemuan mengejutkan terhadap seorang lelaki berusia 59 tahun yang...

Polis Melaka Tumpaskan ‘Geng...

JASIN - Polis Melaka menumpaskan 'Geng Bordok' dengan tertangkapnya tujuh anggota geng berkenaan...

Kerajaan Perancis U-Turn Naikkan Cukai Minyak

PERDANA Menteri Perancis mengumumkan penangguhan selama enam bulan cukai bahan api yang telah menyebabkan protes hampir sebulan di Perancis.

Edouard Philippe berkata kemarahan rakyat mesti didengari, dan langkah mengenakan cukai tidak akan dikuatkuasakan sebelum debat yang sepatutnya diadakan dengan mereka yang terlibat.

Protes besar-besaran telah tercetus di bandar-bandar utama Perancis, menyebabkan kerosakan besar bandar terbabit sejak tiga minggu lalu.

Protes kumpulan ves kuning (gilets jaunes) kini telah berkembang dan disokong rakyat yang tidak puas hati dengan kerajaan.

Setakat ini, tiga kematian sudah dicatatkan sejak protes bermula dan keganasan serta vandalisme berlaku termasuk ke atas patung di kawasan bersejarah Arc de Triomphe di Paris.

Nama gelaran Ves kuning diambil daripada ves berwarna terang yang diwajibkan oleh undang-undang Perancis dibawa oleh setiap kenderaan.

Gerakan ini berkembang dan mendapst sokongan luas melalui media sosial dan sokongan diperolehi merentasi garis politik.


Presiden Emmanuel Macron dilantik tahun lalu dengan jumlah undi besar, tetapi popularitinya menjunam beberapa bulan kebelakangan ini.

Peningkatan cukai bahan bakar dan tarif elektrik dan gas digantung selama enam bulan.

Macron pada tahun lalu menang hasil janjinya melaksanakan reformasi ekonomi yang menjanjikan peningkatan kualiti hidup, mengurangkan pengangguran dan melonjakkan semula ekonomi.

Bagaimanapun, ramai merasakan janji pilihan raya itu tidak terlaksana. Analisis sebuah institut dasar awam terhadap belanjawan 2018-19 mendapati golongan isi rumah termiskin Perancis kebanyakannya akan menyaksikan penurunan pendapatan di bawah pelan Macron. – Agensi

Kategori