Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Rayuan Setuju Dengar...

Permohonan Najib Razak untuk membenarkan bukti baru dikemukakan dalam rayuannya terhadap sabitan dan...

Bantahan Awal Permohonan Siti...

Kuala Lumpur : Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini menetapkan 4 Januari depan...

VIDEO : Keselamatan Petugas...

Selain memastikan negara bebas daripada jangkitan penyakit maut bawaan virus, Ebola yang kini...

RM26.8 Juta Untuk Baiki...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu akan membaiki Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang...

Kerajaan P.Pinang Sumbang Lebih RM80,000 Kepada THM

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang hari ini menyumbang lebih RM80,000 kepada Tabung Harapan Malaysia.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata sumbangan itu adalah hasil daripada pemotongan gaji ketua menteri dan kesemua 10 Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) sebanyak 10 peratus bermula Jun lepas hingga bulan ini.

“Kerajaan negeri pada 31 Mei lalu telah bersetuju untuk melakukan pemotongan 10 peratus daripada jumlah gaji pokok 11 orang ahli Exco untuk disalurkan terus ke dalam Tabung Harapan Malaysia. Jumlah keseluruhannya adalah sebanyak RM81,159.63,” katanya pada sidang media di bilik mesyuarat Dewan Undangan Negeri, di sini.

Beliau berkata pihaknya akan menyerahkan sumbangan itu kepada kerajaan pusat dengan segera memandangkan tabung berkenaan akan ditutup pada 31 Dis ini.

Dalam perkembangan lain, Chow turut mengumumkan pengisytiharan harta tiga anggota Exco dan 21 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan bagi tempoh berakhir 31 Mei tahun ini.

Beliau berkata pengisytiharan harta pada kali ini hanya melibatkan wakil rakyat kerajaan yang pertama kali dilantik berikutan 13 wakil rakyat yang pernah dilantik sebelum ini telah mengisytiharkan harta mereka pada awal tahun ini bagi tempoh berakhir 31 Jan 2018.

Katanya maklumat pengisytiharan harta semua wakil rakyat terbabit boleh dicapai dalam portal kerajaan negeri www.penang.gov.my di bawah tajuk ‘Topik Popular’ bermula hari ini.


“Pengisytiharan harta secara terbuka pada kali ini merupakan kali keempat ia dilaksanakan. Pengisytiharan pertama telah dilaksanakan pada tahun 2011 melibatkan semua ahli Exco kerajaan negeri.

“Pada tahun 2013 dan Januari 2018, kerajaan negeri telah memutuskan agar ADUN juga turut serta dalam pengisytiharan harta dan semua maklumat ini telah pun dimuat naik dalam portal rasmi kerajaan negeri untuk pengetahuan umum,” katanya.

Chow berkata pihaknya bercadang untuk melaksanakan pengisytiharan harta secara terbuka oleh anggota Exco dan ADUN untuk setiap dua tahun.

“Ini membuktikan bahawa pentadbiran kerajaan negeri adalah bersih berasaskan CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus) yang diamalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan,” katanya. – BERNAMA

Kategori