Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelarian Perlu Ke Negara...

MALAYSIA sudah terlalu banyak memberikan suaka kepada pelarian, kata bekas Perdana Menteri, Tun...

Perkahwinan Janda Ashley Cole...

PERKAHWINAN bekas anggota kumpulan Girls Aloud, Cheryl Fernandez-Versini sebelum ini dikhabarkan sedang berantakan...

Restoran Cef Dari Ipoh...

CEF kelahiran Malaysia sememangnya sedang menyinar dalam industri kulinari antarabangsa. Baru-baru ini, restoran Pertinence...

Video: Biawak Gergasi Cuba...

APA yang akan anda lakukan jika menyaksikan rumah anda sedang dipecah masuk oleh...

Tidak Upaya Jual Aset Felda Pada Harga Untung

KUALA LUMPUR — Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melahirkan kebimbangan bahawa kerajaan tidak berupaya jual aset Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada harga yang menguntungkan.

Beliau berkata aset-aset itu sebelum ini dibeli dengan harga yang tinggi berbanding harga pasaran.

“Jadi ini adalah isunya walaupun jika memilih untuk menjana wang daripada aset, kita tidak boleh mendapat nilai sepenuhnya aset tersebut. Jadi inilah kebimbangan kita sekarang,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, hari ini.

Mohamed Azmin sebelum ini dilaporkan berkata Felda akan menjual asetnya yang tidak strategik sebagai pelan pemulihan untuk mengurangkan beban hutang yang kini berjumlah RM8 bilion.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan akan mengambil langkah wajar bagi menjamin masa depan peneroka Felda setelah pembentangan Kertas Putih pengurusan Felda di Parlimen.

Beliau berkata Kertas Putih itu yang berada dalam fasa terakhir sebelum pembentangannya antara lain menyatakan penyata kewangan terkini Felda.


“Ia sangat serius. Saya sudah lihat draf interim namun kementerian masih mencari maklumat selanjutnya,” katanya.

Menurutnya, pembentangan Kertas Putih itu penting supaya warga peneroka dapat mengetahui masalah sebenar yang dihadapi Felda ketika ini. – BERNAMA

Kategori