Kerajaan Masih Timbang Turun Kadar Tarif Elektrik

SERDANG – Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk menurunkan kadar tarif elektrik di negara ini selari dengan kejatuhan harga arang batu dan gas asli di pasaran global, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ditanya pemberita mengenai perancangan kerajaan untuk menurunkan kadar tarif elektrik berikutan penurunan harga arang batu dan gas di pasaran antarabangsa, Mahathir berkata kertas cadangan mengenainya akan dibawa ke Kabinet untuk pertimbangan.

“Apa yang penting, kita mahu mengurangkan beban sara hidup yang ditanggung rakyat ketika ini. Kadar tarif itu masih belum dimuktamadkan lagi,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Perdana Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bersama Perdana Menteri, di sini hari ini.

Menurut laporan media, harga gas asli cecair (LNG) Amerika Syarikat (AS) merosot lebih 40 peratus sejak Jun tahun lalu kepada AS$6.50 (RM26.50)/MMBtu yang mana ia adalah terendah sejak September 2017.

Harga kargo arang batu bagi eksport dari Terminal Newcastle pula menurun bagi sukuan sejak pertengahan 2018 kepada bawah AS$90 (RM366) setiap tan buat pertama kali sejak 2017.

Loading...