Kerajaan Masih Tiada Kata Putus Nasib Malaysia Airlines

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan bahawa kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan mengenai nasib Malaysia Airlines Bhd. (MAS).

Dr. Mahathir berkata, MAS mengalami krisis yang teruk dalam aspek kedudukan kewangan dan pengurusan, sekali gus menyebabkan syarikat penerbangan nasional itu sangat sukar untuk dipulihkan.

“Setakat ini tiada mana-mana pihak yang mampu memberi cadangan terbaik. Semua orang suruh buat itu dan ini, tetapi tiada siapa yang tampil dengan cadangan terbaik dan betul-betul berjaya.

“Sekarang, industri penerbangan mengalami persaingan sengit dengan kewujudan syarikat-syarikat penerbangan tambang murah,” katanya dalam sidang akhbar Setahun Pemerintahan Pakatan Harapan di sini, hari ini.

Pada Mac lalu, Dr. Mahathir mengumumkan kerajaan tidak tolak kemungkinan untuk menerima cadangan supaya MAS ditutup bagi menangani masalah hutang yang ditanggung syarikat penerbangan negara itu.

Loading...