Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Chelsea Yakin Kalahkan PSG...

N'GOLO Kante hampir menetapkan masa depannya buat Chelsea dan menandatangani kontrak jangka panjang...

Pemimpin PKR Sokong DAP,...

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya...

2 Buruh Bangla Cedera...

GEORGETOWN - Dua buruh lelaki warga Bangladesh cedera parah selepas dihempap runtuhan lantai...

Pelaburan China Di Malaysia...

BEIJING - Hubungan ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dan China terus kukuh, dengan...

Keluar Tender Sistem Subsidi Minyak Bersasar

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah mengeluarkan tender terbuka bagi membangunkan sistem subsidi minyak bersasar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tender itu dikeluarkan Kementerian Kewangan yang menguruskan perolehan pada Isnin lepas.

“Tender ini bagi mencadang, mengkaji, mereka bentuk, membangun, membekal, memasang, menguji dan mentauliah serta mengoperasi perkakasan perisian dan aplikasi untuk sistem subsidi minyak secara bersasar bagi petrol RON95,” katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Nor Azrina Surip (PH-Merbok) mengenai hasil libat urus yang telah dilaksanakan kementerian berhubung subsidi berkenaan.

Saifuddin berkata pemilihan pembekal bagi membangunkan sistem itu akan dilaksanakan secara kompetitif bagi memastikan kecekapan sistem tersebut.

“Kita harap apabila itu dimuktamadkan (tender pembekal) maka kementerian ini boleh melakukan langkah yang berikutnya,” katanya.

Saifuddin optimis subsidi minyak bersasar itu akan dapat dilaksana pada suku kedua tahun depan secara berperingkat.


Beliau berkata sejurus pengumuman pelaksanaan subsidi berkenaan pada Belanjawan 2019, kementeriannya telah mengadakan sesi pertemuan dengan pelbagai pihak termasuk Bank Negara Malaysia, syarikat-syarikat pengusaha stesen minyak dan persatuan pengguna bagi mengenal pasti apa yang diperlukan dalam program subsidi tersebut.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata ketika ini, penggunaan petrol RON97 dan RON95 di negara ini mencecah 1.2 bilion liter petrol setiap bulan.

“Bagi (penggunaan) RON95 ialah 90 peratus daripada 1.2 bilion itu,” katanya.

Belanjawan 2019 dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng baru-baru ini memperuntukkan subsidi petrol kepada pihak memiliki sebuah kereta sahaja yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah. – BERNAMA

Kategori