Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ulama PAS Golongan Manusia...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mengingatkan seluruh umat Islam kononnya ulama-ulama...

Anak Normah Kantoi Tak...

SIAPA tak kenal Liana Rosli? Anak perempuan pelakon veteran Normah Damanhuri yang berulang-kali...

Video: “Pacak Lagi Bang,...

AKSI seorang pemuda yang menjawab panggilan telefon ketika sedang melakukan 'wheelie' telah mengundang...

SIC Cari Penaja Baharu...

KUALA LUMPUR - SIC Racing Team akan mendapatkan penaja baharu bagi kategori Moto2...

Kerajaan Kaji Kelonggaran Pergerakan Zon Bebas COVID-19

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang memperhalusi kemungkinan akan memberi kelonggaran pergerakan di zon hijau iaitu kawasan bebas wabak COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata prosedur operasi standard (SOP) baharu yang akan dibentang pada Khamis ini hasil perbincangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Dalam Negeri.

Beliau berkata, SOP baharu itu akan menentukan sama ada kelonggaran atau bentuk penguatkuasaan akan diberikan berdasarkan keadaan di zon tertentu.

“MKN akan bentangkan Khamis ini. MKN dan KDN akan keluarkan SOP baharu berdasarkan zon tertentu.

“Zon Putrajaya sudah jadi zon sensitif atau merah. Jadi selain (zon) merah tentu ada zon hijau… misalnya kawasan sifar kes positif COVID-19, ia tidak ada apa apa.


“Jadi, kita sedang meneliti SOP untuk diperkenalkan. Mungkin ada kelonggaran. Kalau dah kosong (kes positif COVID-19), mungkin dilonggarkan. Bagaimanapun, SOP akan diperkenalkan di zon hijau supaya orang di zon merah tak masuk kerana takut (zon hijau) terkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini. – BH Online

Kategori